Download and Install Fonts to computer

Salam & Hello.

Haa, ni nak curi masa sikit nak jawab pertanyaan adik Hanie Twisties, tapi sebenarnya aku memang dah lama pon nak buat tutorial pasal ni cuma tunggu masa je. hehe~

Tutorial yang dimaksudkan ialah macam mana nak Download kemudian Install Fonts ke dalam computer dan boleh digunakan.

Download Fonts to computer

1. Mula- mula kita perlulah pergi ke website yang menyediakan perkhidmatan mengdownload Fonts secara percuma. Contoh website yang dimaksudkan dan website favourite aku untuk mengdownload Fonts ialah:


Pilihlah yang mana berkenan ya. Contohnya aku telah pilih dan pergi ke website urbanfonts untuk mengdownload fonts. Sila lihat screenshot di bawah ini:


Contoh website urbanfonts.

2. Ok, dah pergi ke website tu kemudian bolehlah pilih Fonts yang berkenan. Contoh screenshot di bawah ni aku pilih Font A PAPA. Click di Font berkenaan untuk melihat preview huruf²nya. Ataupun boleh terus tekan button download yang berwarna hijau yang terdapat di tepi Font tersebut.


3. Click button download yang tertera seperti rajah di bawah:


4. Siap untuk download Font. Sekarang kita pergi untuk Istall Fonts pulak.

Install Fonts.

1. Selepas kita selesai mengdownload Fonts, downloadlah banyak mana fonts yang kita mahu. Kemudian (untuk pengguna mozilla firefox) akan keluar window Downloads Mozilla Firefox seperti rajah dibawah:


Kemungkinan fonts yang didownload akan keluar dalam betuk folder winrar atau terus keluar dalam betuk font sebenar. Untuk itu, klik kanan (right click) file yang kita download tadi dan dan click Open Containing Folder.

2. Selepas itu, akan keluar folder yang menempatkan file fonts yang kita download tadi. Sila lihat seperti rajah di bawah:


Jika font yang didownload dalam folder winrar, maka kita perlulah buat macam tadi iaitu klik kanan (right click) folder font winrar tersebut dan click Extract Here.

Untuk font yang didownload tidak ada dalam folder winrar, maka kita boleh terus install (windows vista dan ke atas) atau move to folder Fonts (untuk windows XP dan kebawah). Sila lihat contoh dibawah:


Click Install jika menggunakan windows vista

Selesai Install boleh terus delete file/folder winrar fonts tadi untuk mengurangkan beban computer. tapi kalau tak nak delete pon takpe.

tetapi untuk pengguna windows XP, perlulah move (Cut atau Copy) fonts tersebut ke dalam Folder Fonts. Lihat contoh dibwah:


Copy/Cut, buka Folder Fonts dan paste di folder fonts tersebut.

Folder Fonts

Untuk mencari/membuka Folder Fonts, mula-mula pergi ke My Computer > Local Disk (C) > Windows > Fonts.


Control Panel > Appearance and Personalization


Click Folder Fonts.


Ok.. Selesai dah download dan install Fonts. Maaflah jika ada kekurangan semasa aku menerangkan cara-cara untuk mengdownload dan menginstall font ini. Susah juga yea nak buat tuto pasal ni walaupun bendanya simple je. hehe~ ok lah, cukup sampa disini. Kalau masih keliru dan tak faham ke apa, boleh tanya di kotak komen yea. :)

5 comments:

  1. Kak Zirah,kalau kita guna urbanfonts (google chrome) sme juga eK?

    ReplyDelete
  2. mcm mne klauu takk pkai mozilla ??

    ReplyDelete
  3. @sy punye C= - sme je caranya. kalo pkai google chrome tekan show folder kalau x silap sy.

    ReplyDelete