Breath a word.

Salam & Hello.

Pertama sekali, tajuk mengada dalam bahasa inggeris. haha! x) *pape je la. ok lah, aku takde idea sangat nak update blog ni tapi ada la jugak something nak share. benda² yang berlaku dekat sekeliling aku je.

Mula-mula, kita bukak cerita pasal lagi sekali 'new look' blog aku. dari pinky hello kitty kepada yang nampak lebih 'matang' sikit dan takde la kebudak-budakan sangat. ngeh²~ aku lebih puas hati dengan wajah baru blog aku, cuma baru aku sedar; mengedit/design page myspace lebih menyeronokkan dan tak susah mana dari mengedit blog ni. edit blog kena banyak tau itu ini. kalau setakat myspace, tau basic html pon dah boleh design cantik². tapi, takpe lah, myspace sekarang tinggal kenangan. tumpu kat blog pulak skang. :P

plus, aku ada buat watermark/signature aku. buruk la jugak. wekk! :P haha~ and dibawah ini hasilnya. :)


hari jumaat hari tu kan, ada 2 benda berlaku yang aku rasa boleh kata teruk la jugak. first, aku dapat tau yang anum, akak aku dapat PLKN. eee, tak suka la, dia pon tak mahu, tapi kena terima jugak la. second, tak pasal² masa petang hari jumaat tu ada accident berlaku depan rumah aku. time tu aku tengah melepak dengan ayma depan laptop, tiba² ada bunyi yang sangat kuat dengar kat luar umah aku. aku dengan ayma pun terus berlari kat luar tengok apa berlaku. rupa-rupanya ada kemalangan kat depan umah aku, budak mat motor yang suka berjalan kat area taman aku tu langgar dengan budak bawak basikal. budak tu jiran aku and orang yang melanggar tu aku tak tau siapa tapi aku cam la muka diorang.

Terkezutt betul accident berlaku kat depan umah aku. budak yang kena langgar tu cedera parah jugak, kena jahit kat kepala pastu tangan dia luka teruk tapi skang dah ok da. siap boleh main bola dengan kawan² dia lagi tadi aku nampak. budak² yang melanggar tu aku tak tau citer. lantak diorang la siapa suruh bawak motor tak utamakan safety. hihi~ *ntah pape.

alamak wei, minggu ni tak dapek den nak jumpa ayma dah sebab dia pi holiday kat indon. ishh, mesti tak best dia takde apelagi lala. kesepian la lala tanpa kehadiran ayma disisinya. ahaks~ takpe² jangan risau lala, aku ada, ziqah pon ada. boleh kawan ngan kami sementara ayma kat indon tu yeh. and ayma, jangan lupa beli la sikit untuk aku ole-ole dari indon, kenalkan aku cowok² indon yang ganteng.jangan bawak balik cowok lombok plak sudah ler. kalau bawak balik mee bandung atau air bandung takpe. itupun kalau ada la kat sana. one more, bakso tak nak yeaaa. hahaha~ xD

Calling for Love

pengumuman! bermula hari semalam 8tv sudah menayangkan cerita baru iaitu Calling For Love pukul 6:30 PM setiap hari sabtu. dan aku nak cakap yang aku dah terpikat dengan jalan cerita ni tambah² pulak ada Ah Sa dari kumpulan Twins kegemaran aku berlakon. aaa, sukanyaaa. hihi~ Watak heronya pula dilakonkan oleh Mike He yang cute tu. mula² aku tak cam yang tu mike, tapi aku dah agak da tu dia sebab cam familiar dengan muka dia tu. lepas tu, aku tengok dalam internet memang betul pon dia. haha! kesian aku tak kenal Mike He. hahaha~


pada pendapat aku, jalan cerita ni sangat menarik dan bertetapan dengan kehendak jalan cerita yang aku idam-idamkan. ngeh²~ aku malas la nak story panjang² pasal sinopsis dia ke apa. tengok la sendiri citer ni dan nilai lah sendiri tahap kebestan dia. hehe~ sambil² tu, jom usha pics CFL kat bawah yang aku cari/cilok dari google+soompi+asianfanatics dan upload kat sini. layann~


De xing and Bo ye. <3
They're calling for LOVE.


Wei li (rakan sekerja De Xing) and De Xing.


budak sekolah aku mesti cakap gambar ni kureng elok but i think they are soo sweet. ;)


Bestfriend! or...

No comments:

Post a Comment