Dunia Baru Reunion di gua.com.my

Salam sejahtera dan selamat pagi semua! :D

Awal aku online hari ni. hehe~ bukan apa, nak lepas gian online tu pasal online pepagi macam ni. haha~ Semalam berakhirnya kelas tambahan sekolah sekaligus meringankan sikit beban kepala hotak aku ni. jadi hari ni, aku nak online puas². :D


Agak² siapa masih ingat drama Dunia Baru yang sangat femes suatu masa dahulu? Drama ni memang antara favoutite aku dulu. masih ingat lagi setiap hari isnin malam dekat tv3 mesti tak lepas tengok cerita ni sebab cerita ni best sangat dan lawak giler. ahaha~

tiba² cakap pasal Dunia Baru ni apesal? mesti ada kaitan dengan cerita nih. haa, kalau nak tau, sedang aku pusing² jalan² kat gua.com.my tadi, tiba² aku tejumpa cerita baru yang ditayangkan kat gua.com.my ni. Selepas kemunculan Dunia Baru, Dunia Baru 2, Dunia Baru 3 dan Dunia Baru The Movie, kini muncul lah pulak Dunia Baru Reunion yang sudah pun ditayangkan di gua.com.my (so far baru 2 episod, ia baru bermula 5 Jun yang lalu).

wahh, teruja tengok cerita ni tapi yang kurang menarik kebanyakan watak best yang dilakonkan oleh Pierre Andre, Iqram Dinzly, Almy Nadia dan tak lupa Fiq takde keluar dalam drama ni. tapi, papepun ada watak baru contonya Sariah yang macam nerd tu digantikan dengan Mariah kembarnya, kemudian Suzanna jadi alim pulak sekarang kerana berkahwin dengan pak arab mana tah, Opie pulak jadi gemuk sekarang. adoii, lawak lah. dan Madi pulak, anak perempuan dia dah besar walaupun dia terpaksa berpisah denngan darius. haa, lebih kurang macam tu la cerita dia.

kalau nak rasai feel dunia baru reunion tu sendiri boleh la pergi ke http://www.gua.com.my/duniabaru untuk menonton episodnya yang terkini. ok, chou dulu nak pergi tengok dah ni. haha~ :D

No comments:

Post a Comment