My Form Teacher Kena Kahwin Paksa.


Tajuk gila gempak. kah²! eh tunggu dulu, sebelum tu entri saya tulis ni sebenarnya dari blog Aku Bukan Jemsbon yahh. Bukan Jemsbon ni dia bagi 20 Topics to Blog About. setelah lama meneliti akhirnya saya tertarik nak pilih topik yang ke-14 My Form Teacher Kena Kahwin Paksa.

Kalau nak cerita sebenarnya my form teacher tu bukan lah kena kahwin paksa tapi saya teringat dia ada sebut pasal kahwin paksa time beliau bercerita dengan kitorang dalam kelas.

Secara tiba² je hari tu masa tengah belajar (terpesong sekejap ke cerita kahwin), takde angin, takde ribut, cikgu bagi kad jemputan perkahwinan kat kelas kitorang sambil tu cerita la apa yang terjadi. katanya, ayah cikgu baru² ni dikejarkan ke hospital (saya doakan ayah cikgu cepat sihat. saya hampir menangis dengar cerita cikgu). jadi secara mendadak keputusan dibuat oleh keluarga cikgu menyuruh cikgu untuk kahwin segera. cikgu pun tak boleh membantah memandangkan ayah cikgu masa tu masih di hospital.

Nak tak nak cikgu pun terima lah. lagipun cikgu pun dah lama single. walaupun bukan lelaki pilihan cikgu tapi kelihatannya sesuai dengan cikgu, bagai pinang dibelah dua la. aku turut gembira mendengar cikgu akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. kalau tak silap aku sekitar bulan jun ni perkahwinan cikgu akan berlangsung. kalau boleh aku nak hadir insyaAllah kalau ada siapa yang sudi hantar aku. hehehe~

kepada Cikgu Sue, Selamat Pengantin Baru ya. Semoga cikgu dan keluarga bahagia hingga ke anak cucu. saya sentiasa mendoakan kebahagian cikgu. Cikgu Sue adalah cikgu sejarah tingkatan 4 terbaik bagi saya. Fun gila belajar dengan cikgu sue. hihi~ :D

4 comments:

  1. Hahaha. Ingatkan takde sape nak buat pasal topik ni haha. Okay dah link. Sorry lambat link sebab hari tu balik kampung.

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Ingatkan takde sape nak buat topic ni haha. Ok dah link. Sory lambat link sebab balik kampung hari tu.

    ReplyDelete
  3. Hahaha. Ingatkan takde sape nak buat pasal topik ni haha. Okay dah link. Sorry lambat link, hari tu balik kampung.

    ReplyDelete
  4. ahaa, ini saya ambik pun kebetulan sebab ada pengalaman. haha. walaupun pengalaman tu macam tak kena je tapi takpe kan.

    ReplyDelete