Wajah baru - blog gemuk. :P

Salam dan hello.


Selepas (Internet Explorer)

Ok, akhirnya sudah hampir siap 50% kerja² pengubahsuaian blog. tadi aku ada post announcement pasal aku nak private blog sebab nak edit blog tapi dah delete dah sebab aku rasa macam menyemak je post tu (entri kosong). hehe~

kalau tengok blog aku sekarang takde perubahan mana pun cuma ia makin gemuk. haha! yang dulu punya kurus tak ramping. yang sekarang punya dia dah makan banyak sikit sebab tu jadi gemuk. c(:

dah lama sangat aku berhajat nak tukar sikit wajah blog aku ni. sekarang masa cuti panjang ni baru berkesempatan. walaupun takde lah banyak mana aku tukar (still menggunakan theme yang sama; colourful) tapi aku tetap² nak tukar sebab nak berubah angin lah pulak. blog gemuk ni aku rasa selesa sikit nak post entri sebab boleh letak gambar yang besar gedabak. kalau yang dulu punya, gambar kecik je tak best lah.

sempena wajah blog baru aku nih, kemungkinan besar dalam perancangan aku nak buat sedikit perubahan la dengan blog aku ni. yela, wajah baru, mesti lah yang lain pun akan berubah jugak. contoh perubahan yang aku nak buat adalah aku akan update Welcome Note aku. then, aku akan tukar gambar aku (insyaAllah dalam masa terdekat, bukan sekarang.). lepastu, aku nak kemaskini blog list aku yang kat tepi tu. blog list tu istimewa sikit ok, sebab tu semua blog tempat aku melepak. kalau nak exchange link boleh pergi tengok dekat SINI.

oh ya, kemudian aku nak wujudkan satu ruangan/page baru iaitu My Gallery. Masih dalam proses pemibikinan. aku akan release kan dalam masa terdekat. eleehh, macam nak release album pulak. :P untuk blog gemuk ni, kita kena bagi dia makan banyak sikit jadi aku telah letakkan ads nuffnang di bahagian header (siapa rajin+baik click la dengan ikhlas.). saja nak try letak kat situ sebab sebelum ni jarang letak disebabkan faktor tak cukup spaces (yoyo-o la tuww).

sedikit perubahan untuk nota kaki aku. aku akan gantikannya dengan * (bintang). masih belum praktik lagi sebab aku belum buat nota kaki lagi untuk entri aku baru² ni. umm, lagi satu kan, suatu hari nanti aku akan close shoutbox aku. sebab apa? nanti aku bagitau bila aku dah nak close shoutbox. sementara shoutbox masih terbuka boleh lah leave message atau blog walking kat situ. nanti kalau dah tutup kang, menyesal pulak. haha. *perasan je. :P

btw, untuk pengetahuan semua (kalau tak nak tau pun takpe), aku edit blog ini semua dari hasil usaha aku sendiri dibantu dengan tuto² yang berlambak kat internet ni. jadi, tolong lah respect hak orang lain. jangan sesekali berniat nak copy atau erti kata lain curi coding aku. *terasa sangat kalau ada yang tegar buat macam tu. :( ingat ya, mungkin aku senyap tapi hati aku sangat² tidak meredhainya. kalau ada apa² tanya la, bukan aku tak jawab pun. opss, sorry teremo pulak. takde lah. lupakan pasal tu. kita bukak buku baru dengan wajah blog baru yang makin chubby. (>_<)

Wajah blog aku sebelum ni dan sekarang:


Sebelum (Internet Explorer)


Sebelum (Mozilla Firefox)


Selepas (Mozilla Firefox)

*: boleh klik pada gembar untuk besarkan. :)

2 comments:

  1. comel la header camtu..ajar dik camane nak buat..yang kaler2 tu..boleh tak...geram tengok

    ReplyDelete
  2. yg header tu sebenarnya macam menu bar. saya guna code biasa untuk mebuat link dan letakkan background warna yang berlainan pada setiap link. kemudian, seseuaikan ikut kelebarannya menggunakan padding. harap ini dapat membantu. :)

    ReplyDelete