Selesaikan hutang

Salam & Hello. :)

Petang² jumaat ni elok jugak kalau aku menaip dan buat entri baru sambil selesaikan 'hutang-hutang' yang dah lama bersarang kat dalam kepala hotak aku ni. :P

Sebenarnya dah lama aku nak buat entri pasal benda² yang akan aku taip sebentar lagi cuma tak berkesempatan. Entri yang paling aku geram nak post tapi tak dapat ialah entri pasal bola. kebanyakan kawan² aku semua dah tulis entri pasal bola tak kisah la macam mana cerita diorang yang penting diorang dah tulis. aku pulak ingat nak tulis entri bola ni masa hari bermulanya World Cup tapi tak dapat sebab aku busy sangat. huuuh~

K'naan - Wavin' Flag



ok lah, takpe lah. aku just nak post pasal theme song fifa iaitu K'naan - Wavin' Flag. best jugak lagu ni. rasa macam semangat bola je dengar lagu ni. :P sudahlah, kalau tanya aku support negara mana, jawapan aku semua aku tak support sebab aku tak layan sangat bola ni, buang masa tidur aku je tengok bola. hehe~ aku tengok jadual siapa yang main dan keputusan perlawanan je, itu pun dah cukup jimat masa aku. at least, aku takde la ketinggalan sangat kan pasal bola ni. aku ada terbaca kat satu akhbar ni kata walaupun perempuan tak minat bola tapi dia tetap kena ambil tau pasal bola ni sebab nanti takde lah ketinggalan dengan apa yang berlaku di dunia hari ni. lagipun kebanyakan perempuan temasuklah member aku pun semua memang peminat bola la so bila lepak dengan diorang kadang² ada jugak cerita pasal bola. jadi supaya tak nampak macam blur kita kena la ambik tau sikit² pasal kegemaran diorang kan. ngeh2~

Pocong Shuffle

Ada satu video aku nak share pasal hantu pocong mungkin. mula² tengok agak menyeramkan bulu roma la jugak tapi tiba² kompem gelak besar. try la usha video kat bawah ni. lawak sial! haha! aku jumpa video ni kat youtube time tengah usha² video kat situ. kelakar siot jangan lupa play video kat bawah ni yea. haha~ :D


Deactive Facebook


ahaa, dah lama aku decide hari ni jugak aku deactive account fb aku. nak reason(s) why aku deactive acc fb aku? ok, firts memang aku tak suka fb bila dapat tau fb milik yahudi tapi aku tetap berfacebooking sebab lepas aku delete acc myspace aku, aku terus berpindah ke fb untuk terus keep in touch dengan member² aku. lagipun, ramai budak sekolah aku ada facebook cuma so far aku masih tak jumpa lagi member lama sekolah aku punya fb. bukannya tak cari, tapi memang tak jumpa walaupun dah cari, siap cari group sekolah lama² aku lagi. huhu~ and then sebab kedua mungkin aku terikut-ikut sikit dengan kawan-kawan aku yang sudah pun menyahaktifkan acc fb mereka. aku pun macam dah terikut sekali la tapi reason ni memang tak leh pakai. :P sebab utama, yeahh sebabnya ialah aku nak fokus study (macam takde kaitan je??). haha, betul la, aku kalo online asyik bukak fb je, jadi tak suka loh. kalau blog lain ok. blog mengekspresikan diriku, hehe lain yea. ^_^ jadi², itulah sebab aku nak atau sudah pun deactive kan acc fb ku. takpe skang aku ada twitter menggantikan fb ku ya. :)

Shoutbox Closed


dulu aku pernah cakap kan, nak close shoutbox. ok, sekarang lah masa yang sesuai aku nak menyatakan kenapa aku nak close shoutbox. bukan aku sengaja gedik gatal nak close ruangan shoutbox tu tapi aku ada sebab tersendiri tau. tak lama lagi mungkin blog aku akan berada dalam keadaan terbiar so kiranya susah la aku nak jenguk² blog aku ni especially shoutbox kat blog nih. aku kan tak lama lagi nak pegi berjihad (SMA), sebab tu la jarang online. kalau setakat menulis blog tu adalah masa tapi nak buat benda² lain tu macam terbatas sikit. aku tak nak la kalau contohnya aku terlepas pandang message yang ditinggalkan di ruangan shoutbox tu. kesian orang tu. wuuwuu~ jangan nangis. boleh terima tak alasan nih? ngee³~ :) itu aje lah aku boleh beritahu yea. ;)

Toy Story 3


wee, semalam dah tayang cerita Toy Story 3 kat pawagam. nak tengok weewee! minat gila cerita ni dan aku masih teringat cerita ni la antara faveret aku masa kecik² dulu. cerita ni mengingatkan aku suasana kemeriahan keluarga sebab masa aku tengok cerita ni (Toy Story & Toy Story 2), aku tengok dengan sepupu² sebaya aku dan family kitorang lah. sedih pulak teringat kenangan lama tapi bahagia+rindu-serindu-rindunyaa. :') huhuhu~ takpe, nanti ada peluang aku tengok. kehkeh~ btw, aku suka tengok woody tambah² lagi aku rasa muka patung woody tu macam muka Sam Hall (eh, yeke? haha!). :) betul, bagi aku sama walaupun woody tu animasi 3D and Sam tu pulak manusia sebenar. haha~ merepek je tapi itu cuma imaginasi aku sahaja. hohoho~ :D


Woody Toy Story dan Sam Hall atau nama sebenarnya Jake Gyllenhaal yang sekarang tengah hot dengan cerita Prince of Persia (walaupun berusia dia hensem. [^_^])

okehh, sampai disini saja entri selesaikan hutang aku. almost 50% hutang aku diselesaikan. selebihnya aku selesai kat entri² lain. oyee, yang pasal freebies tu dah stuck da skang ek? haha. nantilah kalo aku ada masa aku update freebies² terbaru wookei?. Chouu! :)

6 comments:

  1. nice entry..suka sangat..tang pocong tu la terutamanye...

    ReplyDelete
  2. haha, tau takpe kan. yang pocong tu buat orang gelak je. haha! :D

    ReplyDelete
  3. la...da delete ke acc fb.. ptot la lame ta nmpk zira update haha.. ermm.., cmne eh zira dgn blog sy nih.. );

    ReplyDelete
  4. thanks. nanti sy ambik okie. :)

    ReplyDelete
  5. @ezza - bkn delete la, just deactive je, nanti reactive la balik. kalo ada apa² boleh contact guna email/ym/blog. :)

    ReplyDelete