Pergilah kau OREN dengan tenang!

Salam dan Hello.

Sedih untuk ku khabarkan, semalam aku sudah bertemu dengan 'doktor' Oren (actually bukan aku tapi abah). Kata 'doktor' Oren, Oren memang dah nazak tak dapat diselamatkan lagi. jadi 'doktor' tu bagi pengganti Oren iaitu Blacky. Sedih. :'(

Aku tak dapat berjumpa Oren lagi. Foto Oren satu pun aku takde. tak pernah terdetik semasa hayat Oren untuk aku abadikan fotonya. timbul kekecewaan dan perasaan menyesal dalam diri ni. :(

tapi apa boleh buat lagi. nasi dah jadi bubur lambuk dah. nak makan untuk tengahari tapi terpaksa makan petang. hmmm. kalaulah dulu aku bertindak pantas, mesti isi² dalam Oren dapat diselamatkan. Zirah, aku sangat menyesal sekarang. Tapi, aku hanya mampu redha dan pasrah je dengan pemergian Oren bersama isi² dalamnya.

Blacky sedikit pun tidak melahirkan perasaan gembira aku. jadi, abah buat keputusan untuk menukar Blacky dengan Whitey Sliq kepunyaan abah. Ok, whatever. aku tak kisah dengan pengganti baru sekarang. aku cuma memikirkan Oren saja.

Huhh, stopp! Berhentilah fikirkan Oren, dia dah pergi. terima je lah kenyataan. hmmm, ok² cuma aku rasa sayang gila² apa yang ada dalam Oren tu. File BOF lengkap sekali dengan OST, Eps, pic cutie Junpyo, Jandi, F4. argghhh! lagi, nota² yang agak penting, lagu² feveret aku, gambar family, gambar wan, koleksi banner aku, gambar si dia, gambar kawan² yang memang kenangan la, artwork aku berlambak dalam tu. ciss!

Frust laa bila jadi macam ni. ingat lagi sebelum Oren menunjukkan tanda² dia nak pergi, aku terfikir aku nak back up semua benda yang ada dalam Oren. Belum sempat aku back up, Oren tiba² buat hal, tup² tak dapat detect si Oren.

Hmmm~ fine². Oren pergi mungkin dah takdirnya. Disebabkan Oren pergi, aku dapat something yang mungkin better dari Oren iaitu Whitey Sliq. Kali ni, aku nak jaga Sliq elok² dan rapi². aku tak nak Sliq jadi macam Oren. Walaupun Sliq (4GB) tak setanding Oren (8GB) but i'ts okay. Aku tau Sliq pasti ada kelebihannya yang tersendiri.


Sliq, selamat datang ke dalam hidup aku dan menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku sentiasa anggap kau seperti emas yang sangat berharga. Kau lah nadiku. *cehh, tak leh blah! Kepada Oren, aku haap kau tau yang aku tak pernah melupakan kau bahkan aku sentiasa mengingati kau lebih² lagi kandungan dalam kau tu Oren. Sayang kauu orang, Whitey Sliq dan Oren. Muahhh³!

2 comments:

  1. huhuee..
    mle2 td igt kn kuceng..

    :))

    ReplyDelete
  2. hehe~ bukan lah. saya tak bela kucing. :)

    ReplyDelete