Jaga-jaga dengan gambar diri anda.

Salam dan Hello.

Seperti yang sedia maklum, kat facebook dah kecoh pasal cerita pengguna facebook yang meletakkan gambar dirinya akan discan untuk di'telanjang'kan. pertama kali dengar cerita dari member aku sendiri. mula-mula fikir tak logik dan gilasx ke apa orang yang nak scan tu? huuhh!

tapi, apa-apa pun aku tetap mengambil langkah yang berjaga-jaga. yela, bukan apa boleh jadi cerita tu betul kan, kata fb yahudi punya mesti ada agenda disebalik semua ni sebab tu aku malas letak pic aku sendiri kat fb atau kat laman² sosial yang lain.

kebetulan, aku dapat mesej foward kat fb dari member fb aku iaitu abang afiq (nak jugak mention nama beliau. hehe~). mesej tu berbunyi pasal benda ni lah. dah ada mangsa yang kena, dia bagi sekali link blog yang menceritakan pasal benda ni semua.

aku bukak blog tersebut dan baca dan hmmmphh! sah lah, benda ni memang betul berlaku cuma tak kena pada diri kita lagi kan. so, kena lah hati-hati mulai sekarang dan ambil iktibar dari apa yang berlaku dekat mangsa² yang teraniaya tuh.

kalau tengok sekarang ramai blogger yang menyelitkan gambar mereka di setiap entri mereka. dah macam jadi satu trend. ini lebih memudahkan orang gilasx tu melakukan kerja terkutuk diorang. anda nak ke jadi mangsa?! lebih baik mencegah sebelum terkena. sediakan payung sebelum hujan. jaga lah elok-elok diri kita, jangan biarkan mereka merampas aset berharga kita. tutuplah aurat sebaik-baiknya.

Tolong klik 2 link dibawah untuk baca selanjutnya bagaimana Israel menelanjangkan gambar hanya dengan menggunakan imaginasi mereka dan bukti gambar yang sudah menjadi mangsa!!

http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/kerja-gila-beberapa-gambar-perempuan.html

*mula-mula baca yang ni.

http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/hati-hati-facebook-memudahkan-si.html

*selesai baca diatas boleh tengok cara bagaimana mereka mengedit gambar menjadi euu.

Akhir kata dari saya, beringatlah sebelum kena. jangan ingat nak pehmouss je sampai benda lain tergadai. salam. :)

Selesaikan hutang

Salam & Hello. :)

Petang² jumaat ni elok jugak kalau aku menaip dan buat entri baru sambil selesaikan 'hutang-hutang' yang dah lama bersarang kat dalam kepala hotak aku ni. :P

Sebenarnya dah lama aku nak buat entri pasal benda² yang akan aku taip sebentar lagi cuma tak berkesempatan. Entri yang paling aku geram nak post tapi tak dapat ialah entri pasal bola. kebanyakan kawan² aku semua dah tulis entri pasal bola tak kisah la macam mana cerita diorang yang penting diorang dah tulis. aku pulak ingat nak tulis entri bola ni masa hari bermulanya World Cup tapi tak dapat sebab aku busy sangat. huuuh~

K'naan - Wavin' Flag



ok lah, takpe lah. aku just nak post pasal theme song fifa iaitu K'naan - Wavin' Flag. best jugak lagu ni. rasa macam semangat bola je dengar lagu ni. :P sudahlah, kalau tanya aku support negara mana, jawapan aku semua aku tak support sebab aku tak layan sangat bola ni, buang masa tidur aku je tengok bola. hehe~ aku tengok jadual siapa yang main dan keputusan perlawanan je, itu pun dah cukup jimat masa aku. at least, aku takde la ketinggalan sangat kan pasal bola ni. aku ada terbaca kat satu akhbar ni kata walaupun perempuan tak minat bola tapi dia tetap kena ambil tau pasal bola ni sebab nanti takde lah ketinggalan dengan apa yang berlaku di dunia hari ni. lagipun kebanyakan perempuan temasuklah member aku pun semua memang peminat bola la so bila lepak dengan diorang kadang² ada jugak cerita pasal bola. jadi supaya tak nampak macam blur kita kena la ambik tau sikit² pasal kegemaran diorang kan. ngeh2~

Pocong Shuffle

Ada satu video aku nak share pasal hantu pocong mungkin. mula² tengok agak menyeramkan bulu roma la jugak tapi tiba² kompem gelak besar. try la usha video kat bawah ni. lawak sial! haha! aku jumpa video ni kat youtube time tengah usha² video kat situ. kelakar siot jangan lupa play video kat bawah ni yea. haha~ :D


Deactive Facebook


ahaa, dah lama aku decide hari ni jugak aku deactive account fb aku. nak reason(s) why aku deactive acc fb aku? ok, firts memang aku tak suka fb bila dapat tau fb milik yahudi tapi aku tetap berfacebooking sebab lepas aku delete acc myspace aku, aku terus berpindah ke fb untuk terus keep in touch dengan member² aku. lagipun, ramai budak sekolah aku ada facebook cuma so far aku masih tak jumpa lagi member lama sekolah aku punya fb. bukannya tak cari, tapi memang tak jumpa walaupun dah cari, siap cari group sekolah lama² aku lagi. huhu~ and then sebab kedua mungkin aku terikut-ikut sikit dengan kawan-kawan aku yang sudah pun menyahaktifkan acc fb mereka. aku pun macam dah terikut sekali la tapi reason ni memang tak leh pakai. :P sebab utama, yeahh sebabnya ialah aku nak fokus study (macam takde kaitan je??). haha, betul la, aku kalo online asyik bukak fb je, jadi tak suka loh. kalau blog lain ok. blog mengekspresikan diriku, hehe lain yea. ^_^ jadi², itulah sebab aku nak atau sudah pun deactive kan acc fb ku. takpe skang aku ada twitter menggantikan fb ku ya. :)

Shoutbox Closed


dulu aku pernah cakap kan, nak close shoutbox. ok, sekarang lah masa yang sesuai aku nak menyatakan kenapa aku nak close shoutbox. bukan aku sengaja gedik gatal nak close ruangan shoutbox tu tapi aku ada sebab tersendiri tau. tak lama lagi mungkin blog aku akan berada dalam keadaan terbiar so kiranya susah la aku nak jenguk² blog aku ni especially shoutbox kat blog nih. aku kan tak lama lagi nak pegi berjihad (SMA), sebab tu la jarang online. kalau setakat menulis blog tu adalah masa tapi nak buat benda² lain tu macam terbatas sikit. aku tak nak la kalau contohnya aku terlepas pandang message yang ditinggalkan di ruangan shoutbox tu. kesian orang tu. wuuwuu~ jangan nangis. boleh terima tak alasan nih? ngee³~ :) itu aje lah aku boleh beritahu yea. ;)

Toy Story 3


wee, semalam dah tayang cerita Toy Story 3 kat pawagam. nak tengok weewee! minat gila cerita ni dan aku masih teringat cerita ni la antara faveret aku masa kecik² dulu. cerita ni mengingatkan aku suasana kemeriahan keluarga sebab masa aku tengok cerita ni (Toy Story & Toy Story 2), aku tengok dengan sepupu² sebaya aku dan family kitorang lah. sedih pulak teringat kenangan lama tapi bahagia+rindu-serindu-rindunyaa. :') huhuhu~ takpe, nanti ada peluang aku tengok. kehkeh~ btw, aku suka tengok woody tambah² lagi aku rasa muka patung woody tu macam muka Sam Hall (eh, yeke? haha!). :) betul, bagi aku sama walaupun woody tu animasi 3D and Sam tu pulak manusia sebenar. haha~ merepek je tapi itu cuma imaginasi aku sahaja. hohoho~ :D


Woody Toy Story dan Sam Hall atau nama sebenarnya Jake Gyllenhaal yang sekarang tengah hot dengan cerita Prince of Persia (walaupun berusia dia hensem. [^_^])

okehh, sampai disini saja entri selesaikan hutang aku. almost 50% hutang aku diselesaikan. selebihnya aku selesai kat entri² lain. oyee, yang pasal freebies tu dah stuck da skang ek? haha. nantilah kalo aku ada masa aku update freebies² terbaru wookei?. Chouu! :)

Award+Tag. :)

Salam dan Hello.

Hari ni saya dapat tag dan nak buat tag kejap. Saya dapat ni dari kakak Mrs. Jamal (sorry yea kak saya tak tau nama sebenar akak. hehe~). ok jom start.


mula² award dulu. thanks² a lot bagi saya award Top Blogger walaupun saya tak top. ngeh3~ :P kemudian ada tag sekali. :)

Adakah anda rasa HOT..?
tak bese jer. tak rasa pape pon. :P

Kali terakhir makan PIZZA..?
lama la dah jugak sampai tak ingat dah. hehehe~

Lagu terakhir anda dengar..?
tak pasti, setiap hari dengar lagu jadi tak pasti.

Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
Baru lepas siapkan entri baru lepastu terus jwb tag ni.

Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
terpulang kepada orang yang panggil saya tu. tapi yang biasa zirah lah. :)

tag 5 orang
ok, saya tag untuk semua semua follower dan visitor blog saya boleh?

Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag

  1. mereka semua blogger of course
  2. pengungjung blog saya semestinya
  3. baik hati, comel² belaka. *cehceh.
  4. friendly
  5. baik balik semula. ngeh2~

ok, siap dah tag ni. sorry yea sebab ada beberapa soalan yang terpaksa saya skip. sorry². huhu~ dan terima kasih lagi sekali kepada akak Mrs. Jamal yang sudi memberi award dan mengtag saya. thanks! :)

Susahnya jadi doktor!

Salam & Hello semua!


Aku baru lepas tengok cerita ER tadi. Rasa exicted pula dengan cerita ni sampai rasa tak boleh nak miss. hehe~ Sambil² tengok cerita ER ni, aku terfikir pulak pasal susahnya la jadi seorang doktor ek. Kalau tengok dalam cerita ni, kita boleh tau real life seorang doktor yang sentiasa berhadapan dengan masalah dan konflik setiap hari. Itu apa yang ditunjukkan dalam cerita ni lah, tak tau la ia sama ke tak dengan dunia realiti tapi pada aku lebih kurang aje lah.


Dr. Luka Kovac yang hensem dalam ER. (^_^)

Belajar Susah!


Kononnya lah kita seorang doktor, untuk menjadi seorang doktor tu bukannya senang macam nak siapkan karangan 60 m/s.*takde kaitan. Kau ingat dengan hanya setakat lulus subjek² sc sudah memadai untuk menjadi seorang doktor. Ooh, no³, seperti yang sedia maklum, pelajarannya susah. itu pun ikut course yang kita ambik. kalau yang tak minat tu payah lah. kalau yang minat tapi tak pandai tu pulak lagi lah. tapi, takpe tu semua boleh belajar kan. nak habis study untuk menjadi seorang doktor yang berjaya adoii punyalah lama masa yang diambil. dah tu, kena hafal nama², formula dan sebagainya yang pelik. huuh, sorry, ini betul² bukan bidang aku walaupun aku berminat dengannya. :P

Tekanan dan tekanan.

Haaa, kalau tak strees tak sah jadi doktor. time nak belajar stess dah menyerang. kalau dah jadi doktor tu lagi lah stress. tambah² kalau dapat patient yang annoying, banyak kerenah. tanggungjawab doktor lah nak kena layan patient tu baik². arghhh, stress ar! aku dapat rasa tekanan tu dalam ER. haha!


Doktor yang stress. entah apa difikirkannya.

Menghadapi kematian


Andai kata patient yang dirawat oleh seseorang doktor tu tidak dapat diselamatkan, encik/puan doktor tu terpaksa cari jalan untuk memberitahu keluarga patient berkenaan. ini lah part yang agak susah. kalau doktor tu hati keras, dia dengan selamba je bagitahu keluarga yang sedang bersedih dengan kesakitan yang dialami oleh ahli keluarga tersebut. untuk doktor hati lembut selembut gula² masrhmellow, dokto tersebut mesti tak sampai hati nak bagitau kenyataan yang sangat² pilu dan sukar diterima. situasi ini pun selalu ditayangkan dalam ER. apa yang doktor tu lakukan ialah bertenang dan memberitahu ahli keluarga pesakit yang meninggal itu dengat perlahan-lahan supaya dia dapat menerima.

Masalah Peribadi


Doktor juga ada masalah peribadi.

Doktor mana yang takde masalah peribadi? mesti ada punya especially masalah dengan wanita (bagi doktor yang masih bujang). Tak cukup dengan masalah dekat hospital, tambah pulak masalah dengan grilfirend dia. arghh, tension la kau doktor. hehe~ :P Jangan sampai masalah peribadi tu mengganggu kerja kat hospital tu sudah. mungkin tak semua doktor yang ada masalah peribadi kan, tapi mesti ada punya lah. just kena pandai handle lah masalah tu jangan samapi belarutan pulak.

itulah kesusahan yang perlu dilalui oleh seorang doktor. apa yang aku tulis diatas ni just pendapat aku dan apa yang aku tonton dalam ER. mungkin ada banyak lagi kot dugaan yang perlu ditempuhi oleh seorang yang bakal/sudah/bekas bergelar doktor. apa-apa pun, kepada semua doktor di luar sana bersabarlah dengan setiap apa yang dihadapi. Masih ingat kata² Dr Jing Mei dalam ER, "Awak bukanlah doktor yang sebenar sehingga awak membunuh beberapa orang pesakit". ada makna tersirat setiap yang dikatakannya. :)

p/s: semua gambar yang dipaparkan hiasan semata-mata, tiada kena dengan sesiapa sahaja. :)
p/s/s: gambar sumber Google Images. Thanks! :)

Icons (100px x 100px) - JB and LS

Salam hello peeps! (tak pernah² aku guna word peeps. haha!)

Untuk edisi pengenalan freebies ni, aku ada sediakan beberapa icon celebrity pilihan iaitu Justin Bieber (aku mengalami sedkit kesukaran untuk mengeja nama Bieber) dan Lisa Surihani. :) Kenapa mereka ya aku pilih? haha~ mungkin sebab dia duaorang tengah hot sekarang ni betul tak?.

so, so, apa tunggu lagi? rembat la icons hodoh di bawah ni. :P mintak maaf banyak² la sebab icons² kat bawah ni tak perghh. sorry², mungkin sebab ia tiada sentuhan photoshop, hanya menggunakan basic editor sahaja. wawawaa~

nak siapkan icons ni cuma seploh minit je tapi nak masukkan code tu yang sampai sejam. adoii~ tapi takpe lah, lepas ni tak yah pening² masuk code sebab dah tau caranya geimana. hohoho~ ;)

Justin Bieber & Lisa Surihani































Introduce "Freebies".

Salam and hello to all.


Hari ni aku telah wujudkan satu page baru iaitu Freebies. kiranya untuk post pertama berkaitan dengan freebies ni, aku nak introduce apakah yang dimaksudkan dengan freebies di blog zirahazirah ni. :)

Seperti yang sedia maklum, takkan orang tak tau maksud freebies kot. Maksud freebie kalau tengok dictionary english-malay bermaksud benda/barang yang diberi secara percuma (tak formal). Oleh itu, aku pun ada juga hajat nak bagi anda² semua freebie yang saya ada la. heehe~ ;)

Nantikan lah kemunculan freebies² tak seberapa dari saya ya. aku cuba untuk terus mengupdate bakal² freebies aku tu. Peace! :D

Hel-low

Salam dan Hello.

*senyum. 2 hari dah aku tak update blog. nak kata malas tak jugak tapi sibuk sikit menaip assignment ibu. jadi takde masa nak pk² apa yang ingin ditulis di blog blablabla~

puas aku cari mood nak tulis ni sekarang baru rasa feel tu. ok², otak sudah blank. actually banyak topik untuk dikatakan tapi ia hilang buat sementara. otak jam. macam ni la, apa kata kita mulakan dengan gambar aku kat sidebar tu sudah ditukar. malas la letak full image, letak mata jadi loh. still in pink, i don't know why must pink but it's okay tak menyemakkan fikiran pun. :P


kemudian, yeah aku sudah ada twitter sekarang. malam semalam buat. reason(s) buat twitter? emmm, sebenarnya tak lama lagi aku nak deactive acc fb so penggantinya twitter la untuk aku terus update status or whatever yang seangkatan dengannya. kalau nak view ke follow ke apekebenda la sila pergi sini:


yeah lagi satu, no more formspring. aku dah delete deactive acc jalanan yang terbiar tu. aku tak tau apa yang merasuk fikiran aku untuk buat acc formspring tu kemudian delete secara tiba² tanpa alasan yang kukuh. okeh, nampak sangat aku memang tak tetap pendirian. huhuhu~

http://www.formspring.me/zirahazirah

penambahan, pembaharuan. untuk blog map, aku sudah tambah satu kategori baru iaitu photoshop tutorial. ini lagi satu bila nak submit aku tak tau. tunggu je la. aku dalam proses mengupload ps dan adik-beradiknya tapi masih tak lepas² lagi. overweight kot. pastu deviant art gallery aku dah dikemaskini aku padam semua gambar aku yang menyemak tu kemudian aku wujudkan satu page baru di blog ni iaitu my gallery. tak release secara rasmi lagi. baru bagitau dulu. apa-apapun tunggu, tunggu!

ok, ini saja untuk hari ni. tunggu semangat blogging aku naik lagi baru aku update secara serious. tak malas-malas macam ni. wokeii, jay chou dulu. :)

Janji Kekasih.

Salam dan Hello.


Selepas aku meluahkan perasaan kecewa aku dengan 'pemergian' Oren, skang aku nak berjiwang pulak? haha! bukan lah. aku cuma nak cerita² kosong sikit pasal drama terbaru di tv3, Janji Kekasih yang menggantikan cerita Aliff Firdaus.

Aliff Firdaus hari tu macam mana last dia ek. Walaupun aku tak tengok beria sangat cerita Aliff Dira ni, tapi aku layan la jugak sikit². Hari tu last dia, Aliff tu kahwin la dengan Dira. heiii, malas la cerita pasal Aliff Firdaus, orang nak cerita pasal janji Kekasih lah. haha~

Yang beria semangat nak tengok cerita ni anum dengan ibu. Anum beria sangat nak dengar lagu tema cerita ni, Afgan - Padamu Ku Bersujud. best la kot lagu dia. haa, sambil tu ni dia lirik, mv dan link download lagu ni. dengar² mari. :)

Afgan - Padamu Ku Bersujud



Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud


*Click the button to download Afgan - Padamu Ku Bersujud.mp3

Bagi aku, so far cerita dia boleh tahan laa. Pelakon² dia pun not bad la cuma Fezrul Khan lagi?! Lepas Hassan, Sayang Cendana, Aliff Firdaus pun dia jugak, sekarang Syah Janji Kekasih. Adoii, puas la ngadap muka dia. nasib dia hensem jadi takde la jemu sangat. kahkah! XD

Ok lah, tak payah cakap banyak. Tengok sendiri la cerita ni kat TV3 setiap hari Jumaat pukul 9:00 PM di slot Zehra. Aku kalau boleh nak tengok jugak cerita ni tapi ada Imam Muda pulak. Gilir² la, mula² tengok Imam Muda kalau iklan tekan tv3. Lagipun, iklan tv3 gila lama wei. Cerita ada dalam 5-10 minit je. Iklan je lebih. Fed up betul. (>_<)

Pergilah kau OREN dengan tenang!

Salam dan Hello.

Sedih untuk ku khabarkan, semalam aku sudah bertemu dengan 'doktor' Oren (actually bukan aku tapi abah). Kata 'doktor' Oren, Oren memang dah nazak tak dapat diselamatkan lagi. jadi 'doktor' tu bagi pengganti Oren iaitu Blacky. Sedih. :'(

Aku tak dapat berjumpa Oren lagi. Foto Oren satu pun aku takde. tak pernah terdetik semasa hayat Oren untuk aku abadikan fotonya. timbul kekecewaan dan perasaan menyesal dalam diri ni. :(

tapi apa boleh buat lagi. nasi dah jadi bubur lambuk dah. nak makan untuk tengahari tapi terpaksa makan petang. hmmm. kalaulah dulu aku bertindak pantas, mesti isi² dalam Oren dapat diselamatkan. Zirah, aku sangat menyesal sekarang. Tapi, aku hanya mampu redha dan pasrah je dengan pemergian Oren bersama isi² dalamnya.

Blacky sedikit pun tidak melahirkan perasaan gembira aku. jadi, abah buat keputusan untuk menukar Blacky dengan Whitey Sliq kepunyaan abah. Ok, whatever. aku tak kisah dengan pengganti baru sekarang. aku cuma memikirkan Oren saja.

Huhh, stopp! Berhentilah fikirkan Oren, dia dah pergi. terima je lah kenyataan. hmmm, ok² cuma aku rasa sayang gila² apa yang ada dalam Oren tu. File BOF lengkap sekali dengan OST, Eps, pic cutie Junpyo, Jandi, F4. argghhh! lagi, nota² yang agak penting, lagu² feveret aku, gambar family, gambar wan, koleksi banner aku, gambar si dia, gambar kawan² yang memang kenangan la, artwork aku berlambak dalam tu. ciss!

Frust laa bila jadi macam ni. ingat lagi sebelum Oren menunjukkan tanda² dia nak pergi, aku terfikir aku nak back up semua benda yang ada dalam Oren. Belum sempat aku back up, Oren tiba² buat hal, tup² tak dapat detect si Oren.

Hmmm~ fine². Oren pergi mungkin dah takdirnya. Disebabkan Oren pergi, aku dapat something yang mungkin better dari Oren iaitu Whitey Sliq. Kali ni, aku nak jaga Sliq elok² dan rapi². aku tak nak Sliq jadi macam Oren. Walaupun Sliq (4GB) tak setanding Oren (8GB) but i'ts okay. Aku tau Sliq pasti ada kelebihannya yang tersendiri.


Sliq, selamat datang ke dalam hidup aku dan menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku sentiasa anggap kau seperti emas yang sangat berharga. Kau lah nadiku. *cehh, tak leh blah! Kepada Oren, aku haap kau tau yang aku tak pernah melupakan kau bahkan aku sentiasa mengingati kau lebih² lagi kandungan dalam kau tu Oren. Sayang kauu orang, Whitey Sliq dan Oren. Muahhh³!

Wajah baru - blog gemuk. :P

Salam dan hello.


Selepas (Internet Explorer)

Ok, akhirnya sudah hampir siap 50% kerja² pengubahsuaian blog. tadi aku ada post announcement pasal aku nak private blog sebab nak edit blog tapi dah delete dah sebab aku rasa macam menyemak je post tu (entri kosong). hehe~

kalau tengok blog aku sekarang takde perubahan mana pun cuma ia makin gemuk. haha! yang dulu punya kurus tak ramping. yang sekarang punya dia dah makan banyak sikit sebab tu jadi gemuk. c(:

dah lama sangat aku berhajat nak tukar sikit wajah blog aku ni. sekarang masa cuti panjang ni baru berkesempatan. walaupun takde lah banyak mana aku tukar (still menggunakan theme yang sama; colourful) tapi aku tetap² nak tukar sebab nak berubah angin lah pulak. blog gemuk ni aku rasa selesa sikit nak post entri sebab boleh letak gambar yang besar gedabak. kalau yang dulu punya, gambar kecik je tak best lah.

sempena wajah blog baru aku nih, kemungkinan besar dalam perancangan aku nak buat sedikit perubahan la dengan blog aku ni. yela, wajah baru, mesti lah yang lain pun akan berubah jugak. contoh perubahan yang aku nak buat adalah aku akan update Welcome Note aku. then, aku akan tukar gambar aku (insyaAllah dalam masa terdekat, bukan sekarang.). lepastu, aku nak kemaskini blog list aku yang kat tepi tu. blog list tu istimewa sikit ok, sebab tu semua blog tempat aku melepak. kalau nak exchange link boleh pergi tengok dekat SINI.

oh ya, kemudian aku nak wujudkan satu ruangan/page baru iaitu My Gallery. Masih dalam proses pemibikinan. aku akan release kan dalam masa terdekat. eleehh, macam nak release album pulak. :P untuk blog gemuk ni, kita kena bagi dia makan banyak sikit jadi aku telah letakkan ads nuffnang di bahagian header (siapa rajin+baik click la dengan ikhlas.). saja nak try letak kat situ sebab sebelum ni jarang letak disebabkan faktor tak cukup spaces (yoyo-o la tuww).

sedikit perubahan untuk nota kaki aku. aku akan gantikannya dengan * (bintang). masih belum praktik lagi sebab aku belum buat nota kaki lagi untuk entri aku baru² ni. umm, lagi satu kan, suatu hari nanti aku akan close shoutbox aku. sebab apa? nanti aku bagitau bila aku dah nak close shoutbox. sementara shoutbox masih terbuka boleh lah leave message atau blog walking kat situ. nanti kalau dah tutup kang, menyesal pulak. haha. *perasan je. :P

btw, untuk pengetahuan semua (kalau tak nak tau pun takpe), aku edit blog ini semua dari hasil usaha aku sendiri dibantu dengan tuto² yang berlambak kat internet ni. jadi, tolong lah respect hak orang lain. jangan sesekali berniat nak copy atau erti kata lain curi coding aku. *terasa sangat kalau ada yang tegar buat macam tu. :( ingat ya, mungkin aku senyap tapi hati aku sangat² tidak meredhainya. kalau ada apa² tanya la, bukan aku tak jawab pun. opss, sorry teremo pulak. takde lah. lupakan pasal tu. kita bukak buku baru dengan wajah blog baru yang makin chubby. (>_<)

Wajah blog aku sebelum ni dan sekarang:


Sebelum (Internet Explorer)


Sebelum (Mozilla Firefox)


Selepas (Mozilla Firefox)

*: boleh klik pada gembar untuk besarkan. :)

Dunia Baru Reunion di gua.com.my

Salam sejahtera dan selamat pagi semua! :D

Awal aku online hari ni. hehe~ bukan apa, nak lepas gian online tu pasal online pepagi macam ni. haha~ Semalam berakhirnya kelas tambahan sekolah sekaligus meringankan sikit beban kepala hotak aku ni. jadi hari ni, aku nak online puas². :D


Agak² siapa masih ingat drama Dunia Baru yang sangat femes suatu masa dahulu? Drama ni memang antara favoutite aku dulu. masih ingat lagi setiap hari isnin malam dekat tv3 mesti tak lepas tengok cerita ni sebab cerita ni best sangat dan lawak giler. ahaha~

tiba² cakap pasal Dunia Baru ni apesal? mesti ada kaitan dengan cerita nih. haa, kalau nak tau, sedang aku pusing² jalan² kat gua.com.my tadi, tiba² aku tejumpa cerita baru yang ditayangkan kat gua.com.my ni. Selepas kemunculan Dunia Baru, Dunia Baru 2, Dunia Baru 3 dan Dunia Baru The Movie, kini muncul lah pulak Dunia Baru Reunion yang sudah pun ditayangkan di gua.com.my (so far baru 2 episod, ia baru bermula 5 Jun yang lalu).

wahh, teruja tengok cerita ni tapi yang kurang menarik kebanyakan watak best yang dilakonkan oleh Pierre Andre, Iqram Dinzly, Almy Nadia dan tak lupa Fiq takde keluar dalam drama ni. tapi, papepun ada watak baru contonya Sariah yang macam nerd tu digantikan dengan Mariah kembarnya, kemudian Suzanna jadi alim pulak sekarang kerana berkahwin dengan pak arab mana tah, Opie pulak jadi gemuk sekarang. adoii, lawak lah. dan Madi pulak, anak perempuan dia dah besar walaupun dia terpaksa berpisah denngan darius. haa, lebih kurang macam tu la cerita dia.

kalau nak rasai feel dunia baru reunion tu sendiri boleh la pergi ke http://www.gua.com.my/duniabaru untuk menonton episodnya yang terkini. ok, chou dulu nak pergi tengok dah ni. haha~ :D

Encode the HTML codes.

Hey guys. Here I found the websites that allow us to encode the HTML codes. The websites are:

1. Elliontswan Postable - this is best website for beginner to encode the HTML codes. You just need to copy the HTML code into the box and click "make it friendly". as simple as ABC right. ^^



2. Centricle.com - this website is same like above website. but, in this website, you also can decode the HTML codes. makes it more easier.



3. Francois BloggerPaste - oh, BloggerPaste is one of the most popular website to encode HTML code. You need to copy the HTML code and click convert. btw, you also can format tags, keep spaces and add blockquote by tick or untick the box.



4. Blogcowds Parse HTML - yeaa, just copy the HTML codes into the box and click PARSE. done!



5. SimpleCode - Enter normal (X)HTML in the markup box and press "Process". after that, you can delete the <code> </code> and copy the encode HTML code at the box Cut n' Paste.


It's really² simple to convert/encode/parse or wahtever la the HTML codes right. You didnt need a hard and mess code to do that. Just go to these websites, you can encode HTML code more easier without messy code anymore. [^_^]

Percubaan pertamaku: Cute Muslimah Cartoon.

Salam sejahtera semua.

Patutnya kan, aku nak post entri hari semalam tapi sebab dah lama sangat online pastu dengan sibuk berlatih lukis cartoon manga/anime ala² muslimah, jadi aku tak sempat menulis lah.

Macam ni, sebenarnya aku dah lama berhajat nak tukar profile picture kat facebook aku tu dengan gambar cartoon. lepastu, aku mintak lah tolong kat ibu lukis gambar kartun gadis perempuan yang pakai tudung. kalau bole aku nak kartun tu jenis mini dan cute gitu.

Tapi, lukisan ibu tak menepati citarasa aku so aku tunjuk lah kat ibu contoh gambar kartun yang aku suruh lukis tu. tengah sibuk duduk berlatih lukis kartun yang persis dalam internet ni, tiba² aku terpikir nak lukis sendiri la guna photoshop (bajet pro je. haha!).

aku tak guna paint sebab jujurnya, aku tak pandai control mouse nak lukis gambar orang. jangan kata gambar orang, gambar 'iloveyou' pun aku tak berapa pandai. hoho~

walaupun begitu, aku berusaha jugak lukis. yang penting, hasil kerja aku dan aku tak ambik hasil kerja orang lain jadi hak aku. huhu~ hasilnya memang tak berapa WOWW tapi it's okay. my first try kan.

so, inilah hasil lukisan wekk aku:


gelak-gelak. kelakar je tengok lukisan aku ni. budak tadika buat lagi cun woo. haha~ oh, btw, riak wajah tu aku ucapkan terima kasih kepada Brenda untuk her super cool brushes. (^_^)

Nantilah, insyaAllah kalau boleh aku nak improve kan lagi lukisan budak tadika aku ni. paling teringin, aku nak sangat lukis anime muslimah yang cute² tu. kalaulah aku pandai, alangkah wahh bangga je rasa. haha! siapa yang pandai bab ni, ajarlah aku. jangan kedekut ilmu. hehe~

Locked Entry

Salam dan hello. :)


Kadang² tak semua apa yang kita tulis kat blog ni public kan. nak curahkan isi hati spenuhnya kat blog ni nanti orang baca pulak. kalau private blog, nanti orang tak dapat baca entry blog kita yang tak personal tu. jadi, nak tak nak tak tulis lah. simpan je dalam hati dan tak tercoret la kat dalam blog kita ni.

tapi, itu terjadi kalau orang dapat baca kita punya entry. macam mana pulak kalau orang tak dapat baca entry kita tu kerana entry tersebut memerlukan password. haa, ini lah point aku sebenar (punya la panjang intro).

nak letakkan password di entry kita yang bersifat personal sikit takde lah hard mana. cume ikut beberapa step, dan kita bebas menulis apa saja luahan hati kita tanpa di baca oleh orang yang tak sepatutnya.

untuk membuat locked entry atau meletakkan password di entry terpilih kita, sila ikut beberapa step di bawah. sebelum tu, jangan lupa untuk say thank you to VincentCheung ya.

Step 1

Copy (ctrl+c) code di bawah dan letakkan di paste di Layout > Edit HTML > selepas ]]></b:skin> sebelum </head>

<script type="text/javascript" src="http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js">

Step 2

Boleh pergi ke website JavaScript Encryption and Decryption 2.0 atau tengok saja di bawah ni.


Di sini memainkan peranan besar untuk mengunci entry anda.

  1. Mula² anda masukkan password anda ke dalam kotak Key 
  2. Kemudian anda perlu taip atau copy and paste teks isi entri anda pada kotak Plain Text 
  3. Klik button Encrypt di kotak Plain Text. 
  4. Abaikan kotak Chipper Text kerana ia tak memberi apa² fungsi. 
  5. Sekarang anda perlu copy and paste code di kotak HTML Code pada post anda dan publish lah dengan senang hati.

Kini, anda tak perlu berasa gusar risau jika orang lain membaca entri berkunci anda kerana mereka memerlukan password entry tersebut daripada anda untuk membaca entri private anda. ;)

My Form Teacher Kena Kahwin Paksa.


Tajuk gila gempak. kah²! eh tunggu dulu, sebelum tu entri saya tulis ni sebenarnya dari blog Aku Bukan Jemsbon yahh. Bukan Jemsbon ni dia bagi 20 Topics to Blog About. setelah lama meneliti akhirnya saya tertarik nak pilih topik yang ke-14 My Form Teacher Kena Kahwin Paksa.

Kalau nak cerita sebenarnya my form teacher tu bukan lah kena kahwin paksa tapi saya teringat dia ada sebut pasal kahwin paksa time beliau bercerita dengan kitorang dalam kelas.

Secara tiba² je hari tu masa tengah belajar (terpesong sekejap ke cerita kahwin), takde angin, takde ribut, cikgu bagi kad jemputan perkahwinan kat kelas kitorang sambil tu cerita la apa yang terjadi. katanya, ayah cikgu baru² ni dikejarkan ke hospital (saya doakan ayah cikgu cepat sihat. saya hampir menangis dengar cerita cikgu). jadi secara mendadak keputusan dibuat oleh keluarga cikgu menyuruh cikgu untuk kahwin segera. cikgu pun tak boleh membantah memandangkan ayah cikgu masa tu masih di hospital.

Nak tak nak cikgu pun terima lah. lagipun cikgu pun dah lama single. walaupun bukan lelaki pilihan cikgu tapi kelihatannya sesuai dengan cikgu, bagai pinang dibelah dua la. aku turut gembira mendengar cikgu akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. kalau tak silap aku sekitar bulan jun ni perkahwinan cikgu akan berlangsung. kalau boleh aku nak hadir insyaAllah kalau ada siapa yang sudi hantar aku. hehehe~

kepada Cikgu Sue, Selamat Pengantin Baru ya. Semoga cikgu dan keluarga bahagia hingga ke anak cucu. saya sentiasa mendoakan kebahagian cikgu. Cikgu Sue adalah cikgu sejarah tingkatan 4 terbaik bagi saya. Fun gila belajar dengan cikgu sue. hihi~ :D

Award dan Tag.

Saya dapat award dari cik Alia Laila. Thanks ya. :)

A - Saya perlu memilih kawan kawan saya yang cantik blognye. Pendek kata , berkenan di hati
B - Ada lagi syarat syarat nya. Jika sesiapa yang telah terpilih perlulah melakukan perkara perkara ini
1. Buat entry pasal award ini.
2. Copy badge 'Beautiful Blogger Award'
3.Ucap terima kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut.
4.Senaraikan 10 blogger penerima award yang baru.


Untuk semua blogger. korang punya blog semua cun, serious saya cakap. :)

dan sambil tu saya ditag oleh cik zafirah. terima kasih. :)

adakah anda rasa anda hot ?
i dont think so.

bila kali terakhir anda makan piza ?
lama dah jugak itupun ihsan dari kawan abah saya. hehe~ :P

lagu terakhir anda dengar
tiap² hari mesti saya dengar lagu jadi tak pasti apakah tajuk lagu terakhir saya dengar.

apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini ?
berfikir dan berusaha menjawab soalan tag ni.

selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa ?
terpulang kepada orang yang panggil saya tu.

tag 8 org lagi

  1. Lala Halim
  2. Ayma
  3. Anum
  4. Cydot
  5. Dieyna
  6. Fateen
  7. Miappleista
  8. Nurika Jianie

siapakah no 1 kepada anda ?
kawan saya lorh. dia ada blog jugak. dia partner saya. kami khawin kat facebook ke? :P

katakan sesuatu mngenai no 5
saya suka blog dia. dia peramah, ehh sambil tu terima kasih sudi follow blog saya. ya. :)

no3 ada hubungan dgn siapa ?
dia takde hubungan dengan sesape buat masa sekarang. dia nak exam besar. kalau dia ada siap dia, tau la saya kerjakannya. :P

bagaimana pula dgn no 4?
blog cydot antara favourite saya. dia top blogger dan terima kasih jugak sudi follow blog saya. peace. :)

pesanan buat no 6?
fateen. dah lama pulak tak chat dgn dia kat ym. eh pesanan yea.. all the best spm tahun ni yeap. :)

kata2 cinta untuk no2
koi sayang aok. hahaha~ kau lah syarikat naungan ku. kau takde, roda aku tercabut. serius weii. :P

no7 dan no8 ada persamaan
ada². mereka sama² comel dan mereka friendly. saya suka mereka. :)

berikan 5 yg anda tau tentang org yg tag anda?

Asilah Zafirah.

  1. saya baru kenal dia jadi tak tau sangat. hehe~
  2. tapi saya tau dia sangat expert dalam bidang kecantikan.
  3. jangan lupa pergi blog dia banyak tips kecantikan sesuai untuk orang macam saya yang tak berapa peduli soal itu. haha. :P
  4. ummm, saya tau dia guna browser mozilla firefox. betul tak? hehe~
  5. kakak zafirah yang manis. :)

persamaan kmbing dgn lembu ?
mereka haiwan ternakan, banyak persamaan yang boleh didapati di kedua haiwan ni tapi saya bukan lah tempat untuk anda tahu semua ni. :P

perasaan anda buat tag ini ?
saya dalam keadaan gembira. peace. :)

ok, sampai sini saja. jay chou dulu. :)

Rainbow hover links for your blog.


Hey, siapa suka rainbow atau pelangi, anda satu jiwa dengan saya ok. haha~ takde kena mengena langsung dengan apa yang aku nak share kan di sini. ok, balik kepada tajuk, sebenarnya ini aku ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama semua iaitu rainbow hover link. apekebendenye ni? haha~ tipu la tak tau. rainbow hover link dah famous sangat. rasanya, mostly blogger taruk benda ni kat diorang punya blog. baru lah meriah sikit kan. anda pon nak join jugak aplikasikan rainbow hover link ni kat blog comel anda. jadi ikuti lah step di bawah wokeii.

Copy (Ctrl+c) the code and paste di Layout > Edit HTML > selepas ]]></b:skin> sebelum </head>

atau

boleh juga paste di Layout > Page Elements > Add a Gadget > HTML/JavaScript .

<script src='http://hahazirah.googlecode.com/files/rainbow.js'/>

Thats all. Selamat mencuba and don't forget to say thanks to TAKANASHI Mizuki. [^_^]

Seperti yang dijanjikan, i'm back! :D

Salam sejahtera semua.

Seperti yang dijanjikan dalam dua minggu lepas (actually tak sampai 2 minggu lagi tapi almost lah kan.), aku kini kembali; kembali untuk keep on blogging dan meneruskan kehidupan sebagai seorang blogger. *dah start merepek-ing! :P

untuk sesi tirai 'pengembalian' aku nih, aku ingat nak cerita sikit pasal 2 minggu aku takde ni buat apa. yang pertama mesti lah 'sibuk study' untuk supaa exam yang baru je habis pagi tadi pukul 10:30 AM. cewahh~ exam yang berlangsung selama 4 minggu memang meninggalkan kesan trauma yang mendalam kat aku. maksudnya, lepas ni kena la ready awal² kalau dah tau nak exam tu. bila tak dapat jawab je mula la gelabah pastu redah dan redha je la. sengal betul!

oyehh~ kau tau, cuti ni aku ada kelas tambahan pulak dah. kalau ikut hati memang malas nak pergi tapi takpe aku kan nak exam tahun ni so kena berkorban sikit. aku memang tak sampai hati nak skip kelas jadi pergi je lah jawabnya. kalau sekejap tahan lagi, ini hari sabtu sampai rabu start pukul 8:30 AM habis 4:30 PM. super tak? memang letih habis la aku kali ni. 'lembut' dan 'ringan' tulang aku dibuatnya. haha~ :D

lupakan pasal exam dan kelas. aku bukan peduli sangat dengan mid year exam ni. buktinya, aku sanggup bangun awal pagi (kalau qiamullail takpe jugak) study segera. malam sebelum tu pulak syiokk tengok tv. petang pun sama. yelah, rancangan tv banyak yang menarik lorh. berbelah bagi nak tengok ke nak study. hua³~ xD

antara drama atau rancangan tv yang sedang hangat aku tonton sekarang ni ialah:

ER (emergency) - Hallmark, Mon-Fri, 5:00 PM


perghh, fulawehh! (tiba je kelua alif kadim. haha!) serious cakap siapa minat jadi doktor try la tengok cerita ni, memang best habis. aku yang tak teringin jadi doktor pun boleh minat cerita ni. yelah kan, biasanya org asyik cakap suka tengok CSI, see sekarang aku pulak suka tengok ER. hahaha~ apa yang menarik dengan cerita ni, kita boleh nampak suasana yang 'real' dalam hospital bahagian emergency lah (tak tau betul ke tak aku cakap ni). sebenarnya, ER yang aku tengok ni bukan latest season punya. yang ni ER season lama punya. tak sure season yang mana dan ke berapa. dah hallmark tayang season zaman aku baby, tengok aje lah. huhuhu~ dalam cerita ni aku paling suka watak Dr. Luka Kovač (barangkali aku tertarik sama his good-looking. :P) dan aku tak pasti sama ada Luka ada relationship tak dengan Abby. tapi aku rasa Dr. John Carter meminati Abby Lockhart. eihh, macam² lah. maaf, aku memang suka bayangkan kisah cinta doktor² ni. haha! x)~


Cinta dan Anugerah - TV9, Mon-Fri, 5:30 PM


tak sangka, sangkut jugak aku dengan sinetron ni yehh. haha. bukan apa cerita ni memang best sebenarnya. paling penting, hero-hero nya made in Malaysia. bangga sikit wei. haha. cerita yang dilakonkan oleh Ashraf Sinclair, Nabila Syakieb, Miller, Yasmine Wildblood dan ramai lagi la (sebut nama pelakon yang aku ingat je). mungkin tak ramai yang tau watak Avian yang dilakonkan oleh Miller sebenarnya berasal dari Malaysia. mana aku tau? haaa, adalah. rajin google la beb. kata minat, mesti la nak tau pasal oang yang diminati kan. Dan watak Aira yang kita nampak macam dah mature habis tu rupa-rupanya tahun ni baru 17 tahun ek. kalau kat Malaysia, bersedialah kau nak SPM. kuang³.

She Wolf - TV3, Mon-Thu, 3:00 PM


lorhh, hari tu da cakap aku dah start dah tengok cerita ni. makin best dan makin mencabar je jalan cerita dia. balik skolah, ngadap tv tunggu cerita ni. dah terlupa ke buku. haha~

Gossip Girl 3 - 8TV, Mon, 10:30 PM


Supaa! gossip girl come back. tapi aku tak suka waktu tayangan dia. macam malam sangat. hari isnin pulak tu. tak suka, tapi masih tengok. demi ed westwick lah kononnya. tuihhh! :P

Vampire Diaries - 8TV, Tue, 9:30 PM


Celita balu mali!! baru start this week hari selasa hari tu aku tak sengaja tengok ditemani ibu penggemar setia twilight saga, apa lagi tengok terus la. menarik jugak cerita ni persis twilight. nama pun 'vampire' right. kepada peminat twilight tengok la cerita ni, tak rugi apa pun. watak Stefan Salvatore tu muka dia hampir sama dengan edward cullen tau. tapi tak boleh lawan lah cullen. hahau~


lama² tengok stefan hensem pulak. hahaha~ :P

Big Time Rush - Nickelodeon, 5:00 PM


Fuhhh²! penantian berakhir. 31 May hari tu, akhirnya tayang jugak cerita ni. berjanggut aku tunggu nak sampai 31 May tu tau. haha~ dan sekarang, big time rush dah jadi favaourite aku dah. lepas ni setiap pukul 5 petang, 'Kendall Time'! hahahaa~ :D

okeyyy. cukup sampai sini dulu pasal rancangan televisyen. asyik tv, tv, tv ajee. mana mata tak 'power'. haha~ eh btw, baru aku tau today is Micky Yoochun birthday kan. zureen cakap, kalau zureen tak bagitau sampai bila² aku tak tau lorhh. haha~ sorry la, aku bab ingat birthday orang ni payah sikit. da berapa birthday dah aku miss. eh, birthday jay chou bila ek? alamak! ohh, kesian jay chou ku. aku tak peduli akan birthday nya. huhuhu~ anyway, Happy Birthday to Micky. You're getting old lah sekarang, 24 years old 2010. hehehe~ i always support you and hope you happy always yach :D

*ada sedikit penambahan. publish dulu. :)