Mulai Mei ni...

Salam semua.

Hari ni adalah first entri aku untuk bulan Mei. sebelum tu, Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bergelar pekerja. seronok ya dapat cuti?. kuang³~ :)


Mulai bulan Mei ni aku ingin buat sedikit perubahan besar (kata sikit tapi besar??) ke atas hidup aku. Sudah lama merancang ni cuma tak berkesempatan nak buat je. huuu²~

Antara perkara yang ingin dan akan aku lakukan mulai mei ini adalah:

1. Menjadi pemakai spec sepenuh masa
Aku memang seorang pemakai spec. tapi aku pakai kat rumah je. kat sekolah aku pakai time belajar je. jadi hidup aku memang susah waktu kat sekolah. tak dapat cam dan nampak dengan jelas di sekeliling kawasan sekolah. tapi ada kebaikan jugak kot tak berapa jelas nampak ni. contohnya, aku tak dapat curi pandang jejaka macho di sekolah ku (ada ke masalahnya?? haha!). kalau nak pandang mereka pun takde point, muka tak jelas dan aku memang tak hiraukan semua tu. huahua~ tapi, boleh ke aku start pakai spec ke sekolah mulai bulan Mei ni? rasa takut dan sedikit segan la. well, orang da biasa dengan muka aku without spec. nanti kalau aku pakai nanti mesti rasa janggal kan. anyway, doakan la aku supaya dapat pakai spec ni dengan rasa yang besar hati. hua³~ x)~

2. Waktu makan yang konsisten
Ini dia. aku memang antara salah seorang yang tidak mengamalkan diet dengan betul. *maluu~ tapi, aku nak berubah la ni. lepas ni aku nak makan ikut masa. waktu pagi sarapan, balik sekolah makan tengahari, minum petang dan makan malam. takde la dah kot makan ikut suka masa kita jee. pastu, starting from bulan ni jugak aku nak berhenti makan maggi (mee sodap sekali la dan adik-beradik, sepupu-papat mereka), minum air masak banyak³, dan makan kismis banyak² jugak (nak sma tahun ni, banyak menhafal). >_<

3. Kerja dulu, baru rehat.
Haaa, ambik kau. kerja dulu, baru rehat tau. maksudnya ni lepas ni takde dah kerja² terbengkalai. aku nak siapkan semua kerja² aku yang tak lengkap dan cuba untuk menghabiskan sesuatu kerja tu dulu sebelum duduk goyang kaki. dan lepas ni takde dah siapakan kerja last minute. letih la wat kerja last minute. beban berganda berkuasa lagi huh.

4. Mengubah keterampilan diri
Dalam banyak², ini la benda yang paling aku nak buat. cuba mengubah (touch up la tu) sedikit imej aku. bukan lah aku nak buat plastic surgery (kepala hatok kau!) tapi kan aku nak pakai spec kan, lagi aku kan da bosar sekarang, mesti lah ada benda kena ubah sikit². contohnya beli baju baru, aaa pastu haa tak tau dah. haha~ xD

5. Most Study, Less Online.
Mesti ada orang anggap aku menipu. nak kurangkan online konon. *haktuihh! blah la kau zirah. hahaxD Sungguh arr wei. lepas ni aku memang nak less online. kiranya lepas ni aku online weekend je la. pastu mesti pagi punye, internet laju waktu pagi. ok, get it?.

itu saja mulai mei ni. rasa macam ada banyak lagi tapi ini aje yang aku terpikir. huahua~ takpe la. nanti kalau ada lagi aku sambung lagi wookei. Sekian, wassalam. :)

No comments:

Post a Comment