midyear mood

Salam sejahtera semua.


Sekarang aku berada di zon midyear kerana dengar cerita exam start next week, 13 Mei. ayoyo~ cepatnya masa berlalu, tengok sekarang dah nak exam dah. cuak jugak tapi orang cakap kalau kita dah get ready semua buat apa nak takut kan.

ok, perasaan takut tu hilang la sikit, tapi satu yang aku bengkek dengan exam ni; meniru. rasa² kelas aku tahun ni dah tak kan buat punya kerja toyol ni kan. korang semua kan cerdik-pandai, baik pulak tu. tak kan korang nak kotorkan jiwa korang dengan melakukan kerja meniru semasa peperiksaan ni. :P

aku ni cakap orang, entah² aku pun sama je. hehh! -__- eh, tak lah! aku dah lama dan dah nekad-tekad nak tinggalkan kerja kotor lagi takde usaha yang sejati ni. kalau aku jugak terjebak dengan tiru-meniru ni maknanya aku sama je lah dengan orang yang buat kerja ni dan aku tak layak berbahas tentang perkara ni.

aku mintak maaf jika ada yang terasa dengan statement sampah aku ni. aku tau, pasti dan yakin ramai yang buat kerja ni tapi fikir lah kenapa perlu meniru untuk mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan? kenapa tak sedia sepenuhnya sebelum menghadapi peperiksaan. adoii, pikir sendiri lah. malas nak serabutkan kepala otak.

Khas buat penoyol tegar. Hayatilah kata-kata dari Walter B.Pitkin.

Gagal dalam kemulian lebih baik dari menang dalam kehinaan

apa yang kau dapat dari kata-kata diatas? fikir-fikir kan lah sendiri menggunakan akal kreatif lagi bijaksana kau tuu. :]

No comments:

Post a Comment