Jom masak Murtabak Maggi

Salam sejahtera semua.

Setelah menyelongkar blog aku dan tiba² tejumpa entri resipi makaroni segera. cehh, rupa-rupanya ada satu je resipi dalam blog aku? :P dulu plan ingat nak letak pelbagai resipi dalam blog ni tapi disebabkan aku cakna tak cakna sampai sekarang entri berkaitan resipi serta tips & tricks tak dimasukkan. huhu~

tapi takpe, hari ni aku tekad nak share lagi satu resepi yang diberi nama murtabak maggi. actually dah lama dah resipi ni dibuat. masa bulan puasa tahun lepas tak silap aku. resepi dia pun aku ingat² lupa je. nak bagi ingat kembali aku cari balik dan share kat sini resipi tersebut. :)

kali ni jom kita masak murtabak maggi. paling simple dan senang kalau setakat nak alas perut kan. bahan² dan cara² membuatnya pun tak hard mana. janji ada bahan utama; maggi dan telur pun sudah memadai.


Murtabak Maggi

Bahan-bahan:

1 paket mee maggi perencah kari
2 biji telur
1 biji bawang besar yang dihiris
1 biji lada besar hijau & merah yang dipotong dadu
Daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:

1. Mula-mula rebus mee maggie sehingga lembut.
2. Sementara itu, kacau 2 biji telur bersama bawang besar, lada besar dan daun sup serta daun bawang.
3. Masukkan sekali bersama perencah kari mee Maggie dan kacau lagi.
4. Kemudian masukkan pula mee Maggie yang sudah direbus tadi.
5. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan murtabak sehingga masak.

Hasilnya anda boleh lihat seperti gambar dibawah. sepatutnya ia nampak lebih baik tapi yelahh i am not a good photographer kan. hehehe~ ^^

4 comments:

  1. T__T ajarlah camne pun...nape ai buat tk pernah jadi pun.. T__T"

    ReplyDelete
  2. ehehe~ buat la slow² dan ikut step dgn teliti. insyaAllah mesti jadi punyee~ ;)

    ReplyDelete
  3. sangat membantu.btw,i am a good chef.haha.habislah dapur saya kerjakan nak buat murtabak ni :P

    thanks anyway.

    ReplyDelete
  4. @Iwa - oh, welcome², sy gembira dpt membantu. :) sy pon bukan pandai sgt bab² kat dapur ni, cuma sharing apa yang sy tau. :D

    ReplyDelete