Hadiah buat Guru. :)

Salam sejahtera semua. :)


Ini entri khas buat guru² di seluruh dunia. mintak maaf semalam tak sempat post (sebenarnya memang nak post semalam tapi ada aral melintang lah. heh! :P).

Hari ni sekolah aku buat sambutan hari guru. aku rasa sekolah lain pun sama kan. seronok juga hari ni tapi serious penat sangat huh. asyik berdiri je, tengok cikgu semuanya enjoy belaka. *sejuk hati memandang tengok semua cikgu senyum je hari ni. (>_<)


Hadiah untuk semua guru yang mengajar ku tahun ni. :)

Oh yea, semalam dengan semangatnya aku menyediakan hadiah untuk semua cikgu yang mengajar aku tahun ni. tahun ni seramai 21 orang cikgu yang mengajar aku jadi sebanyak 21 buah hadiah lah yang aku sediakan. sebenarnya dah lama gila aku tinggalkan budaya memberi hadiah kat cikgu ni sewaktu hari guru. seingat aku paling lama aku bagi hadiah kat cikgu time hari guru masa aku darjah 5 or 6 (tak ingat sangat la, da lama gila. 4 tahun lebih tu.). jadi tahun ni aku cuba lah untuk menghidupkan kembali budaya memberi hadiah pada cikgu. *ambik sekali nak 'hidupkan' sampai semua sekali aku bagi yea. haha!

tak kisah la semua tu kan. yang penting aku bagi dengan ikhlas sepenuh hati. isi dalam tak penting yang penting keikhlasan tu right. disebabkan dah terlalu lama tak hidupkan budaya ni sampai aku lupa cara² nak sediakan dan bagi hadiah ni semua. heishh~ rupa²nya banyak jugak cabaran yang perlu ditempuhi untuk menyediakan semua ni yea. berapa kali aku tewas dengan api kemarahan aku sebab tension sangat buat last minute. tapi alhamdulillah akhirnya semuanya dah ready dan ok-ok je. :)

dan aku rasa masih belum terlambat kan untuk aku mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru secara langsung atau tidak langsung walaupun hanya mengajar kita 1 huruf 1 nombor sahaja, mereka tetap guru kita.


Isi dalam tak penting, yang penting ikhlassszz.

tiada hadiah yang lebih bermakana buatmu guru melainkan sebuah kejayaan yang guru harap²kan dari semua pelajarnya. insyaAllah, tahun ni aku akan berusaha untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam SMA (10A P1 A6) untuk ku persembahkan kepada guru-guru ku yang telah banyak korbankan apa yang mereka ada demi mengajar aku dan semua anak murid yang lain. aminn. :D

2 comments:

  1. stu bule? haha (: , slmat ari guru !

    ReplyDelete
  2. ahaha, sumenye dah kena chopp la. hehe~ :)

    ReplyDelete