Alif Kadim - Bangun Semula

Wahh, alif dah ada single terbaru yang bertajuk Bangun Semula. aku baru tau lepas tengok diorang promo kat carpet@15. hehe~ lepas tu cepat²lah aku pegi kat blog and fb alif fc. then cari and dengar lah lagu dia. not bad lah, sedap juga. rindu pulak sama suara alif. hee~ (~_^)


Alif Kadim - Bangun Semula

Tersentak sejenak detakan jantung
Mendapat khabar kurang senang
Impianmu kecundang

Oh entah di mana salah silapnya
Sedangkan semua dah dicuba
Hati asyik memikir dunia sudah berakhir

Begitulah perasaannya kecewa dalam usaha
Manis dah hilang nikmatnya
Pahit yang jelas ketara

Tapi bila direnungkan
Makin kaya pengalaman
Memberikan kekuatan untuk bangun semula

Kadangkala kita pantas berlari
Mengejar apa di hadapan
Tersandung pula halangan

Biar luka hanyalah sementara
Tinggalkan parut tanda usaha
Jangan jadi alasan berhenti separuh jalan

Credits: Blog Af8 & Youtube

2 comments: