Khas untuk Alif.


Satu entri yang dibuat khas untuk alif. even alif dah out dari af but aku tetap dan terus menyokong alif. sebenarnya aku agak terkilan dengan penyingkiran alif minggu ke-4 ni. belum tibanya masa lagi untuk alif out. tapi nak buat macam mana kan, bab kata alif, takde rezeki. redha je la.

yelah, sedih la, macam² perasaan ada time alif diumumkan keluar. geram, marah, kecewa, sedih, terkilan and kesian dekat fans² alif yang memang bertungkus lumus gila afundi alif. aku pun tak terkecuali afundi alif, tapi itu la tak boleh nak buat apa dah. afundi aku tu macam tak memberi apa makna bila alif sudah terkeluar dari af. terima aje lah apa yang dah ditetapkan.

Afundi Alif ku buat kali terakhir. *yea, tau enset buruk je. hihi~

hari ni sehari suntuk aku rasa takde mood gila macam peminat alif yang lain rasa. ntah la kenapa aku rasa macam ni. aku macam tak boleh terima alif out. why should alif out? tak patut gila. tapi bila pikir balik, maybe ada hikmah kot alif out ni. boleh la aku kurangkan tengok af. yelah, takde maknanya aku tengok af lagi bila alif takde. tak semangat je. apalah af tanpa alif bagi aku.

alif, alif. imbas kembali time aku mula² minat alif. walaupun aku bukanlah minat alif since dia ujibakat af. aku start minat dia time kosert pertama. masa tu beria gila aku puji suara dia unik depan anum. haha~ padahal aku nak cakap aku minat alif. tapi, senyap² je la.


orang lain mana tau sangat aku minat alif. aku minat alif dalam diam je. disebabkan dah minat sangat kat alif ni, aku buatlah satu section khas untuk alif yang diberi nama "Alif Corner". section ni memaparkan lagu yang alif dapat setiap konsert. kalau dulu selalu update Alif Corner ni. tapi sekarang nampaknya tak dah la kot huhu~

sejujurnya aku rasa aku agak puas hati dengan alif masa konsert ke-4 ni. aku bukan apa, tapi time konsert ke-4 ni, alif kelihatan kerap digandingkan bersama adira. dan² je ek. macam tau² je alif nak out. at least sempat la jugak diorang menghabiskan masa bersama. huhu~


Gambar ni aku edit saja² je. takde niat apa pun ok. jangan salah faham sudah. huhu~

eh, alang² tu siapa tengok atau tahu cerita aliff firdaus. kalau ada sesiapa perasan watak utama cerita tu ialah aliff dan dira. macam kebetulan pulak kan memandangakn ada desas-desus yang mengatakan alif bercinta dengan adira. beza nama tu aliff terlebih "f". dira takde "a". hohoho~ tapi, papepun, itu cuma gosip. jangan percaya lebih² wei. huhu~


Gambar alif yang aku edit petang ahad sebelum dia out dari af.

Memandangkan alif dah out and lepas ni mungkin alif corner diganti dengan section lain,so aku decide nak abadikan semua senarai lagu yang dinyanyikan oleh alif masa konsert af. rugi pulak kalau kalau delete macam tu je.

Konsert Tirai - Live like We Dying (Kris Allen)



Konsert Pertama - Kau Aku (Aizat)



Konsert Kedua - Dance With My Father (Luther Vandross)



Konsert Ketiga - Sesuatu Janji (Taufik Batisah)



Konsert Keempat - Hanya Di radio (Headwind)


Hanya 5 konsert (termasuk tirai) je alif mampu bertahan. tapi, aku yakin alif boleh maju punya sebaik keluar af. alif ada pakej best. peminat pun setia menyupport. so, all the best la untuk alif okie-dokie.

sedih melihat gambar alif dikaburkan di laman web af. :(

Chat with Alif :D

petang tadi, balik je sekolah hati tak sabar² nak tau latest news pasal alif. aku dapat tau petang tadi dalam pukul 6 alif ada kat radio era. aku pun apa lagi, terus cari radio semata-mata nak dengar suara alif. hehe! pastu, dalam pukul 7 pulak lepas maghrib aku ingat nak try la chat dgn alif kat @15 kan. beria gila topup RM10 cuma untuk chat with alif, tapi ntah kenapa macam tak masuk je msg aku tu. habis dibantainya RM1.08 hangus macam tu je. tapi takpe la, demi alif it's okay. :)

sambil² tu pulak aku tengok la sekali diari af. nak tengok alif buat kali terakhir dalam af. sedih la, lepas ni alif dah takde kat af. huuu~ habis diari, ingat nak try balik chat dgn alif kat @15, tapi orang cakap alif pegi chat dekat astro ria. aku pun try la chat kat sana jugak. kali ni memang lucky la, dapat jugak aku merasa "bersembang" dengan alif. tapi aku chat on9 la sebab tv ada orang nak tengok berita lah.

agak teruja dapat chat dengan alif. memandangkan sekarang aku minat gila degan alif so perasaan teruja tu berkobar-kobar gitu. haha~ tapi sayang la, akibat terlalu teruja+nervous and tiba² otak jadi blur, aku dapat chat gitu² je la dengan alif. tapi, macam mana pun, gembira sebab alif layan. haha~

ini aku cakap kat alif pasal aku dah tak semangat nak tengok af sebab alif takde and dia pun membalasnya.

aku menyatakan keterujaan aku kat alif, ohh kali ni alif panggil aku zira. haha~ keterujaan bertambah!

time ni otak blur, aku takde soalan menarik nak tanya kat alif, jadi dah tertaip soalan ni. huhu~ ada alif jawab dia cakap rindu semua dalam af tapi aku tersilap prtsc pulak. rugi je.

haha, ini saja² lah.

alif dah nak out. time ni msg aku tak keluar lagi. haishh~

hemm, baru nak muncul msg ku. tapi, alif dah out dah time ni. tergantung macam tu je.

tapi, papepon, aku gembira berganda-ganda la dapat chat dgn alif. terubat sikit lah perasaan aku nih. and bonus, aku dapat add fb and ms alif yang betul² dia punya. bukan fanpage lah. gembira ni. hee~

4 comments:

  1. awk minat aliff ker? hehe ape2pun smoga ade AF msuk nnt... :)

    ReplyDelete
  2. yup, minat alif dlm af. hemm, rasa mcm ada kot af masuk. kalo ada, harap2 lah alif dpt masuk blk. hehe~ :)

    ReplyDelete
  3. wahh. minat alif ye? comel je ;) btw, u r same interest dgn sorang blogger ni. dia pn minat alif jugak ;DD

    ReplyDelete
  4. yes and yup minat gila kat alif. hee~ oh yeke, boleh la kami berkenalan dan bertukar cerita pasal alif. haha~ :D

    ReplyDelete