HK Stuff

Huuu~ Lambatnya aku post entri ni. patutnya aku post entri ni hari isnin minggu lepas. tapi, disebabkan faktor kesibukan yang melampau-lampau, aku tangguhkan sampai lah berkesempatan hari ni. huhuhu~ (-_-)

actually, entri ni aku buat sempena kepulangan abah yang baru balik dari HK atas urusan kerja (beliau sampai Malaysia hari ahad, ?April). teruja sikit well maklum la kami kan agak jarang berpeluang merasai berpijak di tanah bumi orang lain. *huh, apa yang aku sedang merepek ni?? (?_?)

sudah, lupakan apa yang aku tulis kat atas. sekarang aku nak story (cewahh, speaking pulak dah. heh!) pasal barang yang aku dapat dari HK. mula² aku just kirim beli key chain dari sana. aku ingat dapat la key chain yang ada kaitan dengan Hong Kong kan. tapi dapat key chain ala-ala kartun pulak. takpe la. layan je la.


hong kong stuff


ada bag, key chain and purse

pastu, aku dapat sekali beg sticth dan purse pink. tak expect pun dapat dan aku memang tak berhajat pun ke benda ni. tapi, abah da beli, terima je la yop. hahaha~ yang purse pink tu aku tau kenapa abah beli. abah nak suruh aku letak ic dalam tu sebab aku memang tak suka bawak ic kalau pegi kemana-mana (uu, bahaya tuu~). purse yang aku gunakan sekarang memang tak muat kalau nak letak ic (muat letak duit je.^^).

paling tak expect sekali, tau tak abah beli apa kat sana untuk aku? beliau pegi belinya iphone touch china kat sana. yang ni masa beliau pergi china (apa nama tempat tu aku lupa dah. -__- ). katanya sebab at sana murah. adalah dalam seratus atau dua ratus lebih duit malaysia. kononnya nak menggantikan iphone touch versi mini aku yang dah masuk air tu (betul² masuk air. aku terendam telefon tu dalam bekas air aku sendiri. buduh kan aku? huhu~). tapi, sejujur-jujurnya aku tak nak la telefon tersebut. aku tau la aku dah pernah guna telefon touch² ni, menyusahkan. huhu~ jadi telefon tu sekarang terbiar je la. anyway, terima kasih kerana sudi membelikan telefon tu untuk aku. (>_<)


tak pernah sangka i'll get this. huhu~ -iphone touch-

btw, lagi satu barang yang tak terguna kat sana (maksudnya takde sebab nak guna barang ni). masa abah pergi disneyland hong kong, beliau beli topi pluto. abah kata, beliau tak tau pulak yang tu anjing. hahaha~ jadi, topi tu just simpan buat kenangan je la. haha~ yang mintak topi ni ipah, tak dapat la dia merasa nak tunjuk topi ni kat kawan di. kah²~ haa, masa kat sini jugak la abah belikan bag, purse and key chain. abah  beli key chain karakter disney yang kiut-miut punya. suka laa~ ^^


capdog. tempat mana yang sesuai untuk pakai topi ni?

dan lepas tu ada lagi. abah bawak kacang yang dia beli kat sana. aku tak tau la apa nama kacang tu. and tak pasti dibeli kat mana. tapi, banyak gila la kacang tu abah bawak balik. ada la lebih dari 5 kotak mungkin (aku tak sempat nak kira). aku tak rasa pun acang tu. tak tergamak aku nak merasa kacang tersebut. hahahau~


kacang ??? tak pernah rasa pon ni.

emm, ada lagi actually abah beli. tapi yang ni je la aku bagitau. malas la nak tulis banyak². pening kepala i. huhu~ ok la, papepun aku gembira la dapat barang² kat atas. tapi rasa sayang pulak nak guna. *aii, tak buang² lagi perangai budak kecik aku ni. heishhh~ {-_-'}

2 comments:

  1. waahh~~ zira dpt iphone touch!!!~ jeles nyer!!!~ XDXDXDXD

    ReplyDelete
  2. dapat tapi takpe lah. thank you so much. huahuahua~ xP

    ReplyDelete