Nak update lah ni.

Haiiyaa~ sikit betul ya aku update blog bulan ni. tengok, update entri sebelum ni pun baru update dan publish. patutnya seminggu lepas da update. jahat betul sibuk ni kacau masa aku nak berblogging. huhu~

takpe la. sekarang baru aku dapat update and aku tak kan sia-siakan masa update ni. sebenarnya, bulan ni aku dilanda kesibukan yang teramat sangat sampai takde masa nak membelai diri sendiri. *setiap kali cakap mesti keluar rapikan.

tapi kan, sibuk² aku tu sempat jugak aku tengok tv. and kebanyakan cerita tv yang aku tengok tu semua sebab aku terpikat dengan cerita tu. antara cerita yang da pandai curi masa aku sikit ialah:

Black & White (Isnin-Jumaat, 6:00 PM, TV2)


Cerita ni da lama da start. ada kot dalam 2 minggu lepas mungkin. mulanya aku tengok cerita ni sebab ada vic chou/vic zhou (aku lebih suka panggil dia vic chou sebab nak dekat dgn jay chou). tapi, lama² tengok aku terpikat dengan kisah percintaan wu yixiong dan chen lin. tapi agak keliru la mereka ni. nampak macam yixiong mencintai chen lin tapi dia macam dia menyukai pakar forensik tu (tak ingat nama). si chen lin tu pulak mula² jatuh hati dekat yixiong sebab dia ingat yixiong yang menyelamatkan nyawanya tapi sbenarnya chen zaitian (vic chou) sebenarnya yang meyelamatkan dia. si zaitian tu pulak skang tengah frust menonggeng sebab wanita idaman dia meniggal dalam letupan di sebuah makanan segera. sekarang didapati chen zaitian dan chen lin ialah adik-beradik tapi mereka sepert mempunyai perasaan suka sama suka berdua tu. haa, macam mana la ek. makin lama, makin konflik cerita ni dan makin terjua nak tengok. wee~


Hana Kimi Special (Japan)


Ok, aku tau cerita ni dah lama. tak payah la kata aku tengok cerita ni. da dia baru siarkan kat 8tv baru² ni kan dan aku pun tertengok so terminat la. aku memang minat cerita hana kimi ni. dulu aku tengok taiwan vers punya. setiap kali tengok cerita ni mesti minat watak hero kedua tu. dalam cerita ni aku minat gila kat nakatsu atau nama sebenar dia Ikuta Toma. kalau yang taiwan punya aku minat jiro. aww~ hana kimi special ni ada 2 eps je. minggu lepas and ahad ni. dapat tengok 2 kali cukup la. janji dapat tengok nakatsu yang comel lotei tu. patutnya aku rasa biasa je kat dia. tapi mungkin sebab sebelum aku tengok cerita ni, malam hari sabtu tu aku pergi kamdar dan terjumpa pulak dengan si hensem jemai ni (kawan sepupu aku). jadi aku rasa macam nakatsu ni macam muka hensem jemai. haha~ *bongok je ayat!


hensemnyee abang ikuta ni. >_<

She Wolf (Isnin-Khamis, 3:00 PM, TV3)


Jujur. mula² tak pelik pun ke cerita ni. macam tak best je. mula aku tengok ada sorang budak tu cute je, muka baik. pastu tak tengok dah. lepas tu, hari tu masa tengah rehat² jap depan tv, aku pun tertengok la cerita ni. diorang dah besar dah. episod yang aku tengok baru ni tragis gila cerita dia. pasangan Lyka dan Noah terpaksa berpisah demi menyelamatkan nyawa Noah. *betul ke? lyka terpaksa berbuat demikian, masa tengok noah merayu menangis-nangis tu sebak gila la. sedih jer aku tengok. punya la kuat ikatan cinta mereka. *wekk, rasa geli pulak. tapi, secara peribadinya aku tertarik dengan wajah manis noah tu. redup je mata memandang tengok very handsome face noah tu. huehue~ >_<

The Day After Tomorrow


Kat TV2 hari tu ada siarkan cerita ni masa hari rabu, 28 april pukul 10:00 PM (cewahh, ingat lagi tarikh dan masanya.). best cerita ni. da lama berhajat nak tengok. cerita ni da lama da masa aku darjah² dulu. tengok cerita ni memang excited habis. suka tengok effect yang diorang gunakan dalam cerita ni. mantap! kan bagus kalau aku reti buat macam diorang. heh~ eh, lagi satu, terpikat dengan sam hall. lagi satu jejaka yang bermuka ala-ala manis baik gitu. cerita ni kan dah lama. aku rasa en.sam tu da tua da skang. hahaha~ tapi masa dia berlakon cerita ni muka dia nampak remaja lagi. jadi nampak la kesweetness dia tu. hoho~


ini lah encik sam yang comel. tapi skang dah tak comel dah kot.

oh ye, tak tertinggal. suka la tengok amani anak adamaya. comel sangat budak perempuan tu. very-very cute little girl. apa nama budak tu? mia sara nasuha right. comel kan. hihi~ pandai je si cilik tu berlakon. cute-miut gitu. ^_^


ehhh, penipu betul zirah si baju besi ni. kata sibuk tapi boleh pulak tengok tv. kah³! x) takde la, aku tengok tv tu pun masa lapang je. masa lapang aku ni pulak adalah masa internet tengah slow sebab tu tak dapat nak bukak internet. haiyoo, geram². ibu tak nak tukar maxis broadband ke. katanya laju dari celcom. wuu wuu~

A.P.I - Pelita

urmmm, tau tak lagu A.P.I - Pelita (Hooperz OST). best la makcik lagu ni. suke woo~ nah, jom la dengar lagu ni sesama. aku dah set as favourite song dah lagu ni. hehe~


Lirik lagu A.P.I - Pelita

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami

Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi

Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Click here to download A.P.I - Pelita

4 comments:

  1. hahaha..ikuta-kun hensem~~~~XDXDXDXD

    ReplyDelete
  2. tau takpe. dia pulak bakal macam nak gantikan kedudukan jay chou dihatiku ni. haha~ tapi mustahil lah. x)

    ReplyDelete
  3. Alahai,, ramainyer yg minat toma ikuta.. Tk leh jdy nih.. Byk saingan.. Huhu. =(
    i luv him too..

    ReplyDelete
  4. hahaha~ itulah orang ensem. mmg ramai peminat. :D

    ReplyDelete