Nak update lah ni.

Haiiyaa~ sikit betul ya aku update blog bulan ni. tengok, update entri sebelum ni pun baru update dan publish. patutnya seminggu lepas da update. jahat betul sibuk ni kacau masa aku nak berblogging. huhu~

takpe la. sekarang baru aku dapat update and aku tak kan sia-siakan masa update ni. sebenarnya, bulan ni aku dilanda kesibukan yang teramat sangat sampai takde masa nak membelai diri sendiri. *setiap kali cakap mesti keluar rapikan.

tapi kan, sibuk² aku tu sempat jugak aku tengok tv. and kebanyakan cerita tv yang aku tengok tu semua sebab aku terpikat dengan cerita tu. antara cerita yang da pandai curi masa aku sikit ialah:

Black & White (Isnin-Jumaat, 6:00 PM, TV2)


Cerita ni da lama da start. ada kot dalam 2 minggu lepas mungkin. mulanya aku tengok cerita ni sebab ada vic chou/vic zhou (aku lebih suka panggil dia vic chou sebab nak dekat dgn jay chou). tapi, lama² tengok aku terpikat dengan kisah percintaan wu yixiong dan chen lin. tapi agak keliru la mereka ni. nampak macam yixiong mencintai chen lin tapi dia macam dia menyukai pakar forensik tu (tak ingat nama). si chen lin tu pulak mula² jatuh hati dekat yixiong sebab dia ingat yixiong yang menyelamatkan nyawanya tapi sbenarnya chen zaitian (vic chou) sebenarnya yang meyelamatkan dia. si zaitian tu pulak skang tengah frust menonggeng sebab wanita idaman dia meniggal dalam letupan di sebuah makanan segera. sekarang didapati chen zaitian dan chen lin ialah adik-beradik tapi mereka sepert mempunyai perasaan suka sama suka berdua tu. haa, macam mana la ek. makin lama, makin konflik cerita ni dan makin terjua nak tengok. wee~


Hana Kimi Special (Japan)


Ok, aku tau cerita ni dah lama. tak payah la kata aku tengok cerita ni. da dia baru siarkan kat 8tv baru² ni kan dan aku pun tertengok so terminat la. aku memang minat cerita hana kimi ni. dulu aku tengok taiwan vers punya. setiap kali tengok cerita ni mesti minat watak hero kedua tu. dalam cerita ni aku minat gila kat nakatsu atau nama sebenar dia Ikuta Toma. kalau yang taiwan punya aku minat jiro. aww~ hana kimi special ni ada 2 eps je. minggu lepas and ahad ni. dapat tengok 2 kali cukup la. janji dapat tengok nakatsu yang comel lotei tu. patutnya aku rasa biasa je kat dia. tapi mungkin sebab sebelum aku tengok cerita ni, malam hari sabtu tu aku pergi kamdar dan terjumpa pulak dengan si hensem jemai ni (kawan sepupu aku). jadi aku rasa macam nakatsu ni macam muka hensem jemai. haha~ *bongok je ayat!


hensemnyee abang ikuta ni. >_<

She Wolf (Isnin-Khamis, 3:00 PM, TV3)


Jujur. mula² tak pelik pun ke cerita ni. macam tak best je. mula aku tengok ada sorang budak tu cute je, muka baik. pastu tak tengok dah. lepas tu, hari tu masa tengah rehat² jap depan tv, aku pun tertengok la cerita ni. diorang dah besar dah. episod yang aku tengok baru ni tragis gila cerita dia. pasangan Lyka dan Noah terpaksa berpisah demi menyelamatkan nyawa Noah. *betul ke? lyka terpaksa berbuat demikian, masa tengok noah merayu menangis-nangis tu sebak gila la. sedih jer aku tengok. punya la kuat ikatan cinta mereka. *wekk, rasa geli pulak. tapi, secara peribadinya aku tertarik dengan wajah manis noah tu. redup je mata memandang tengok very handsome face noah tu. huehue~ >_<

The Day After Tomorrow


Kat TV2 hari tu ada siarkan cerita ni masa hari rabu, 28 april pukul 10:00 PM (cewahh, ingat lagi tarikh dan masanya.). best cerita ni. da lama berhajat nak tengok. cerita ni da lama da masa aku darjah² dulu. tengok cerita ni memang excited habis. suka tengok effect yang diorang gunakan dalam cerita ni. mantap! kan bagus kalau aku reti buat macam diorang. heh~ eh, lagi satu, terpikat dengan sam hall. lagi satu jejaka yang bermuka ala-ala manis baik gitu. cerita ni kan dah lama. aku rasa en.sam tu da tua da skang. hahaha~ tapi masa dia berlakon cerita ni muka dia nampak remaja lagi. jadi nampak la kesweetness dia tu. hoho~


ini lah encik sam yang comel. tapi skang dah tak comel dah kot.

oh ye, tak tertinggal. suka la tengok amani anak adamaya. comel sangat budak perempuan tu. very-very cute little girl. apa nama budak tu? mia sara nasuha right. comel kan. hihi~ pandai je si cilik tu berlakon. cute-miut gitu. ^_^


ehhh, penipu betul zirah si baju besi ni. kata sibuk tapi boleh pulak tengok tv. kah³! x) takde la, aku tengok tv tu pun masa lapang je. masa lapang aku ni pulak adalah masa internet tengah slow sebab tu tak dapat nak bukak internet. haiyoo, geram². ibu tak nak tukar maxis broadband ke. katanya laju dari celcom. wuu wuu~

A.P.I - Pelita

urmmm, tau tak lagu A.P.I - Pelita (Hooperz OST). best la makcik lagu ni. suke woo~ nah, jom la dengar lagu ni sesama. aku dah set as favourite song dah lagu ni. hehe~


Lirik lagu A.P.I - Pelita

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami

Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi

Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Click here to download A.P.I - Pelita

HK Stuff

Huuu~ Lambatnya aku post entri ni. patutnya aku post entri ni hari isnin minggu lepas. tapi, disebabkan faktor kesibukan yang melampau-lampau, aku tangguhkan sampai lah berkesempatan hari ni. huhuhu~ (-_-)

actually, entri ni aku buat sempena kepulangan abah yang baru balik dari HK atas urusan kerja (beliau sampai Malaysia hari ahad, ?April). teruja sikit well maklum la kami kan agak jarang berpeluang merasai berpijak di tanah bumi orang lain. *huh, apa yang aku sedang merepek ni?? (?_?)

sudah, lupakan apa yang aku tulis kat atas. sekarang aku nak story (cewahh, speaking pulak dah. heh!) pasal barang yang aku dapat dari HK. mula² aku just kirim beli key chain dari sana. aku ingat dapat la key chain yang ada kaitan dengan Hong Kong kan. tapi dapat key chain ala-ala kartun pulak. takpe la. layan je la.


hong kong stuff


ada bag, key chain and purse

pastu, aku dapat sekali beg sticth dan purse pink. tak expect pun dapat dan aku memang tak berhajat pun ke benda ni. tapi, abah da beli, terima je la yop. hahaha~ yang purse pink tu aku tau kenapa abah beli. abah nak suruh aku letak ic dalam tu sebab aku memang tak suka bawak ic kalau pegi kemana-mana (uu, bahaya tuu~). purse yang aku gunakan sekarang memang tak muat kalau nak letak ic (muat letak duit je.^^).

paling tak expect sekali, tau tak abah beli apa kat sana untuk aku? beliau pegi belinya iphone touch china kat sana. yang ni masa beliau pergi china (apa nama tempat tu aku lupa dah. -__- ). katanya sebab at sana murah. adalah dalam seratus atau dua ratus lebih duit malaysia. kononnya nak menggantikan iphone touch versi mini aku yang dah masuk air tu (betul² masuk air. aku terendam telefon tu dalam bekas air aku sendiri. buduh kan aku? huhu~). tapi, sejujur-jujurnya aku tak nak la telefon tersebut. aku tau la aku dah pernah guna telefon touch² ni, menyusahkan. huhu~ jadi telefon tu sekarang terbiar je la. anyway, terima kasih kerana sudi membelikan telefon tu untuk aku. (>_<)


tak pernah sangka i'll get this. huhu~ -iphone touch-

btw, lagi satu barang yang tak terguna kat sana (maksudnya takde sebab nak guna barang ni). masa abah pergi disneyland hong kong, beliau beli topi pluto. abah kata, beliau tak tau pulak yang tu anjing. hahaha~ jadi, topi tu just simpan buat kenangan je la. haha~ yang mintak topi ni ipah, tak dapat la dia merasa nak tunjuk topi ni kat kawan di. kah²~ haa, masa kat sini jugak la abah belikan bag, purse and key chain. abah  beli key chain karakter disney yang kiut-miut punya. suka laa~ ^^


capdog. tempat mana yang sesuai untuk pakai topi ni?

dan lepas tu ada lagi. abah bawak kacang yang dia beli kat sana. aku tak tau la apa nama kacang tu. and tak pasti dibeli kat mana. tapi, banyak gila la kacang tu abah bawak balik. ada la lebih dari 5 kotak mungkin (aku tak sempat nak kira). aku tak rasa pun acang tu. tak tergamak aku nak merasa kacang tersebut. hahahau~


kacang ??? tak pernah rasa pon ni.

emm, ada lagi actually abah beli. tapi yang ni je la aku bagitau. malas la nak tulis banyak². pening kepala i. huhu~ ok la, papepun aku gembira la dapat barang² kat atas. tapi rasa sayang pulak nak guna. *aii, tak buang² lagi perangai budak kecik aku ni. heishhh~ {-_-'}

MARS: Remaja & Cinta

Salam.

Tadi masa aku tengah usha² blog sabri, terbaca posting terbaru dia cerita pasal cinta dan MARS. aku pun tertarik dan try google cari pasal MARS ni. Menarik.


Paling menarik, baru² ni (mungkin da agak lama kot) MARS baru sahaja melancarkan majalah terbaru mereka berbentuk e-majalah. ia adalah keluaran pertama atau edisi pengenalan yang menyentuh topik berkaitan Remaja & Cinta.

Dalam majalah ni (aku dah download dan siap baca dah), bercerita tentang couple itu haram. topik ini sangat menarik lebih² lagi untuk mereka yang sedang hangat bercinta sperti BB sedang hangat bercinta dengan PIKELI. hahaha! ada sebuah artikel dari iluvislam dimuatkan dalam ni. aku pernah baca sekian lama dulu tentang cerita seorang hamba Allah ini dengan kisah cintanya. dan ada juga cara bagaimana bercinta cara islam. diharapkan apa yang terkandung dalam majalah ini bermanfaat untuk semua pembaca. :)

Sesiapa yang berminat boleh la terus pergi ke website MARS untuk mengdownload majalah ni.


Untuk mengdownload, mula² anda perlu subscribe dulu. lepas tu anda akan menerima email verification. sahkan email itu, dan anda akan diberi link untuk download. senang je kan. tak susah. :) Selamat memabaca dan selamat bercinta cara islam. wee~

Source: MARS iluvislam & Majalah IM

Khas untuk Alif.


Satu entri yang dibuat khas untuk alif. even alif dah out dari af but aku tetap dan terus menyokong alif. sebenarnya aku agak terkilan dengan penyingkiran alif minggu ke-4 ni. belum tibanya masa lagi untuk alif out. tapi nak buat macam mana kan, bab kata alif, takde rezeki. redha je la.

yelah, sedih la, macam² perasaan ada time alif diumumkan keluar. geram, marah, kecewa, sedih, terkilan and kesian dekat fans² alif yang memang bertungkus lumus gila afundi alif. aku pun tak terkecuali afundi alif, tapi itu la tak boleh nak buat apa dah. afundi aku tu macam tak memberi apa makna bila alif sudah terkeluar dari af. terima aje lah apa yang dah ditetapkan.

Afundi Alif ku buat kali terakhir. *yea, tau enset buruk je. hihi~

hari ni sehari suntuk aku rasa takde mood gila macam peminat alif yang lain rasa. ntah la kenapa aku rasa macam ni. aku macam tak boleh terima alif out. why should alif out? tak patut gila. tapi bila pikir balik, maybe ada hikmah kot alif out ni. boleh la aku kurangkan tengok af. yelah, takde maknanya aku tengok af lagi bila alif takde. tak semangat je. apalah af tanpa alif bagi aku.

alif, alif. imbas kembali time aku mula² minat alif. walaupun aku bukanlah minat alif since dia ujibakat af. aku start minat dia time kosert pertama. masa tu beria gila aku puji suara dia unik depan anum. haha~ padahal aku nak cakap aku minat alif. tapi, senyap² je la.


orang lain mana tau sangat aku minat alif. aku minat alif dalam diam je. disebabkan dah minat sangat kat alif ni, aku buatlah satu section khas untuk alif yang diberi nama "Alif Corner". section ni memaparkan lagu yang alif dapat setiap konsert. kalau dulu selalu update Alif Corner ni. tapi sekarang nampaknya tak dah la kot huhu~

sejujurnya aku rasa aku agak puas hati dengan alif masa konsert ke-4 ni. aku bukan apa, tapi time konsert ke-4 ni, alif kelihatan kerap digandingkan bersama adira. dan² je ek. macam tau² je alif nak out. at least sempat la jugak diorang menghabiskan masa bersama. huhu~


Gambar ni aku edit saja² je. takde niat apa pun ok. jangan salah faham sudah. huhu~

eh, alang² tu siapa tengok atau tahu cerita aliff firdaus. kalau ada sesiapa perasan watak utama cerita tu ialah aliff dan dira. macam kebetulan pulak kan memandangakn ada desas-desus yang mengatakan alif bercinta dengan adira. beza nama tu aliff terlebih "f". dira takde "a". hohoho~ tapi, papepun, itu cuma gosip. jangan percaya lebih² wei. huhu~


Gambar alif yang aku edit petang ahad sebelum dia out dari af.

Memandangkan alif dah out and lepas ni mungkin alif corner diganti dengan section lain,so aku decide nak abadikan semua senarai lagu yang dinyanyikan oleh alif masa konsert af. rugi pulak kalau kalau delete macam tu je.

Konsert Tirai - Live like We Dying (Kris Allen)



Konsert Pertama - Kau Aku (Aizat)



Konsert Kedua - Dance With My Father (Luther Vandross)



Konsert Ketiga - Sesuatu Janji (Taufik Batisah)



Konsert Keempat - Hanya Di radio (Headwind)


Hanya 5 konsert (termasuk tirai) je alif mampu bertahan. tapi, aku yakin alif boleh maju punya sebaik keluar af. alif ada pakej best. peminat pun setia menyupport. so, all the best la untuk alif okie-dokie.

sedih melihat gambar alif dikaburkan di laman web af. :(

Chat with Alif :D

petang tadi, balik je sekolah hati tak sabar² nak tau latest news pasal alif. aku dapat tau petang tadi dalam pukul 6 alif ada kat radio era. aku pun apa lagi, terus cari radio semata-mata nak dengar suara alif. hehe! pastu, dalam pukul 7 pulak lepas maghrib aku ingat nak try la chat dgn alif kat @15 kan. beria gila topup RM10 cuma untuk chat with alif, tapi ntah kenapa macam tak masuk je msg aku tu. habis dibantainya RM1.08 hangus macam tu je. tapi takpe la, demi alif it's okay. :)

sambil² tu pulak aku tengok la sekali diari af. nak tengok alif buat kali terakhir dalam af. sedih la, lepas ni alif dah takde kat af. huuu~ habis diari, ingat nak try balik chat dgn alif kat @15, tapi orang cakap alif pegi chat dekat astro ria. aku pun try la chat kat sana jugak. kali ni memang lucky la, dapat jugak aku merasa "bersembang" dengan alif. tapi aku chat on9 la sebab tv ada orang nak tengok berita lah.

agak teruja dapat chat dengan alif. memandangkan sekarang aku minat gila degan alif so perasaan teruja tu berkobar-kobar gitu. haha~ tapi sayang la, akibat terlalu teruja+nervous and tiba² otak jadi blur, aku dapat chat gitu² je la dengan alif. tapi, macam mana pun, gembira sebab alif layan. haha~

ini aku cakap kat alif pasal aku dah tak semangat nak tengok af sebab alif takde and dia pun membalasnya.

aku menyatakan keterujaan aku kat alif, ohh kali ni alif panggil aku zira. haha~ keterujaan bertambah!

time ni otak blur, aku takde soalan menarik nak tanya kat alif, jadi dah tertaip soalan ni. huhu~ ada alif jawab dia cakap rindu semua dalam af tapi aku tersilap prtsc pulak. rugi je.

haha, ini saja² lah.

alif dah nak out. time ni msg aku tak keluar lagi. haishh~

hemm, baru nak muncul msg ku. tapi, alif dah out dah time ni. tergantung macam tu je.

tapi, papepon, aku gembira berganda-ganda la dapat chat dgn alif. terubat sikit lah perasaan aku nih. and bonus, aku dapat add fb and ms alif yang betul² dia punya. bukan fanpage lah. gembira ni. hee~

Coloured Snow Effect for your cute blog. ^_^

Aii, siap mengayat blogger (tengok title) sekali ea. haha~ takde lah, saje² nak menceriakan hati² yang sedang bersedih ni. hee~ baru² ni aku ada belajar tutorial snow effect untuk blog. ambik masa 2 minggu jugak la nak cari dan belajar tutorial ni. kalau cari kat google, susah nak jumpa tuto ni. semuanya kedekut just bagi code js yang dia buat sendiri. ok, takpe², tak kisah sebab skang aku pun nak share jugak coloured snow effect ni dengan semua. :)

Coloured snow effect ni adalah salji/salju/snow efek yang seakan-akan snow sedang jatuh. *mintak maaf, aku tak reti nak terangkan. preview pun takda. kalau nak tau macam mana benda ni berfungsi try la. kalau tak minat buleh padam la. takde hal punye ok.

Pilih mana² coloured snow effect di bawah, copy (Ctrl+c) the code and paste di Layout > Edit HTML > selepas ]]></b:skin> sebelum </head>

atau

boleh juga paste di Layout > Page Elements > Add a Gadget > HTML/JavaScript .

White Snow Effect

<script src='http://hahazirah.googlecode.com/files/whitesnoweffect.js'/>

Black Snow Effect

<script src='http://hahazirah.googlecode.com/files/blacksnoweffect.js'/>

Gray Snow Effect

<script src='http://hahazirah.googlecode.com/files/graysnoweffect.js'/>

Red Snow Effect

<script src='http://hahazirah.googlecode.com/files/redsnoweffect.js'/>

Pink Snow Effect

<script src='http://hahazirah.googlecode.com/files/pinksnoweffect.js'/>

Hotpink Snow Effect

<script src='http://hahazirah.googlecode.com/files/hotpinksnoweffect.js'/>

Purple Snow Effect

<script src='http://hahazirah.googlecode.com/files/purplesnoweffect.js'/>

Blue Snow Effect

<script src='http://hahazirah.googlecode.com/files/bluesnoweffect.js'/>

Green Snow Effect

<script src='http://hahazirah.googlecode.com/files/greensnoweffect.js'/>

Yellow Snow Effect

<script src='http://hahazirah.googlecode.com/files/yellowsnoweffect.js'/>

Orange Snow Effect

<script src='http://hahazirah.googlecode.com/files/orangesnoweffect.js'/>

Ehh, warna kat atas ni je ke ada? warna lain takde? haa, kalau korang nak coloured snow effect pilihan warna korang sendiri just bagi code warna yang korang nak tu then aku akan buat satu untuk korang. contoh colour code: FF6666 untuk warna ni. ok, itu saja. terima kasih dan jangan malu² untuk mencuba. bagi sentuhan keindahan salji sikit dekat blog korang tu time musim² panas ni. haha~

No more mid finger!


Argghhh, aku kena tapi balik semula entri ni?? no way, jangan harap. penat aku taip tadi ok. letih siot perah otak taip benda ni. urghhh!

maaf, introduction seperti emo, tapi takpe, its okay. aku tulis balik entri ni sebab ada cerita nak cerita. tapi sebelum tu, diingatkan tajuk kat atas tu takde kena mengena pasal aku nak berhenti pakyu (walau aku tak pernah berpaking²) ke jari tengah putus ke atau apa yang berkaitan dengan sesuatu yang negatif.

sebenarnya, aku sedang bersedih ni sebab dengar cerita salah seorang antara my close member, lynn, mungkin dan bakal dan akan pindah sekolah. serious arr?? macam tak percaya kan. ingatkan takde la berat sangat sampai terpaksa pindah² sekolah. tapiiii, haishhh, tak boleh nak buat apa la.

agak sedih dengan perpindahan dia kat sekolah lain sebab aku pun dah boleh kata baik la jugak dengan dia. sedih je bila teringat balik pasal dia. dia lah antara member kitorang yang boleh dikategorikan unik sebab dia bawak budaya baru kat dalam kumpulan kitorang. korang la sekarang da pandai berpaking² (korang tau punya, sebut huruf p jadi f). tapi aku tak la, tak rela. huhu~

lepas ni, takde lagi la middle finger. kalau tak, apa² sikit, mid finger, lagi mid finger dan mid finger. tau tak lynn, im gonna miss your middle finger. i hope and please (not begging) dont move. kata nak stay setahun. ni tak sampai setahun mahupun setengah tahun kau dah pindah. apa ni, dah lain cer da ni. tapi papepun, aku harap kau happy selalu walau dimana pun kau berada. jangan pindah, jom habiskan masa setahun bersama aku pun nak out jugak next year, pergi menimba pengalaman di tj pulak hajatnya. ngee~ tak confirm lg la..

pssst: al-fatihah buat pelumba basikal kebangsaan, Norfarahdini Zakaria yang pergi meninggalkan kita semua pada hari selasa lepas 6 April 2010. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.

Butiran terakhir Air Mata Cinta.


ok, fine. hari ni baru sempat update. kalau tak, sampai bila² tergantung nak buat post ni. huhu~ akhirnya semalam tamat jua air mata cinta setelah sekian lama cerita ni mengganggu aku dari balik awal disebabkan ibu sanggup tunggu sampai cerita ni habis (4:30PM) baru jemput aku. hahahau~ ok la, takpe la. bagus jugak cerita ni tamat. at least, takde da la scene cinta nangis² bercucuran air mata jatuh ke bumi. lepas ni ibu, tiada lagi sinetron pada pukul 3.00PM wookei.

ohh ye, semalam aku dapat satu berita yang memang bikin aku terkejut lagi terangkat² tak percaya. petang semalam tiba² cik ayma call aku. pelik jugak apesal la semalam ramai call aku. tak pernah² orang nak call aku sebelum ni. yela, buang duit kan. bukan nak cakap benda penting apa pun. huhu~ masa cik ayma call tu, aku dapat rasa debaran yang berdebar-debar gila la. cik ayma kata yang sekolah kami terbakar! hah, betul ke? serious gila, macam tak percaya je! dia ajak aku pi tengok. mula² memang jadi tapi aku lupa yang patutnya petang semalam aku kena buat spec baru. so tak dapat la tengok. takpe la, hari isnin ni la aku dengar cerita penuh² and tengok tempat kejadian.

cakap pasal spec baru, petang tadi aku da dapat dah my new spec. kali ni memang aku pilih betul² la. aku pilih yang kecik fix dengan muka aku. pastu warna tak kisah sangat tapi aku ambik yang warna hitam kebiru-biruan gitu. harga? ohh, of course la yang murah. spec lama ni pun, pakai tak sampai setengah tahun, dah gatal nak tukar spec baru. alasan aku, power naik, spec lama ni da uzur sangat (haha, tipu giler!).


eh, eh, eh, malam tadi pukul 9 awak tengok konsert af tak? saya mesti la tengok. nak tengok alif la apa lagi. eh, eh, eh, tau tak tadi masa konsert ibu cakap alif comel. weee~ sukenye, tapi memang alif comel pun. haha! tapi kan, hati aku rasa tak sedap la sebab aku rasa minggu ni mungkin dan macam alif out je. undian dia low sangat.. aku sebagai peminat dia sudah pun menjalankan tanggungjawab aku mengafundi alif. tapi, ntahnye la. apa² pun doa² kan la supaya alif tak out. kalau dia out jugak, redha je la. tapi alif, i always support you and minat you lah! haha~