Pengalaman dan kenangan di IKBN, Temerloh. :)


Auditorium, tempat pertandingan Suara Nisa' berlangsung.

Letih, penat dan tak bermaya. tu la perasaan yang dapat digambarkan sebab aku baru je balik dari IKBN Temerloh sempena pertandingan Suara Nisa'. aku pegi sana sebab (uhuk²), aku pergi bertanding nasyid la kononnya dengan kawan² lain. hahaha~ aku, nasyid? macam tak percaya jeee! tapi itu lah kenyataan. aku masuk nasyid atau lebih tepat pertandingan suara nisa' tu pun bukannya sebab aku ni suka nyanyi or whatsoever. tapi aku masuk ni semata-mata nak tengok rupa IKBN tu. orang cakap best, cantik sangat la kononnya. tapi, memang lawa pun. tempat dia menarik ok. haha~ :D

Bercerita pengalaman kat sana, banyak sangat benda menarik berlaku masa kami (aku dan kawan² lain; eyema, lynn, dayah, aku & nurin) di sana. first time sampai tu whoaaa terkejut sebab tempat tu besar and cantik sangat (bagi aku la).


kalau nak tau, kami la orang FIRST yang sampai! haha~ para penaja semua tak sampai lagi. kitorang dulu yang semangat sampai awal. tapi kiteorang jugak orang LAST sekali yang balik. hahaha! lawak gila siot kalao teringat balik. x)

aku ingat lagi masa kitorang mula² sampai tu, kitorang lepak² la depan auditorium tempat pertandingan tu berlangsung. tengah kitorang duduk² takde tujuan tu, aku dan eyema pegi la bela² tudung jap. tengah syiokk bela tudung tu, dayah suruh aku bukak pintu auditorium tu, tengok boleh masuk ke tak. aku pun try la bukak, tapi tiba² ada orang dari dalam bukak pintu tu. fuhh! aku ngan ayma terkejut beruk gila. yelah, rupa²nya masa kitorang tengah bela tudung tu, agaknya abang tu da lama perhatikan kitorang. cuma tinggal masa je dia nak bukak pintu tu. haduii, lawak gila. aku ngan ayma tak tahan segan kitorang menyorok kat tepi² auditorium. pastu abang tu keluar then dia cakap, "dalam tu ada cermin yek". adoiii, malu sangat. tak tahan la. haha!

tapi, ada lagi lawak. time kitorang buat persembahan. sangat² badut. opss, mintak maaf kalau agak kasar tapi itu lah kenyataan. kitorang memang tak buat persediaan yang cukup menyebabkan persembahan kitorang jadi berantakan. nama kumpulan yang kitorang pilih New Generation.

ehh, aku tak reti la pulak cakap banyak and cerita pengalaman kat sana. tapi aku sempat la jugak menangkap beberapa shoot kat ikbn. aku siap edit sekali tuu~ haha~





haaa, yang paling tak boleh blah time kitorang nak pegi masjid solat zohor. time tu kitorang sumenye macam dah down gila sebab kitorang punya persembahan teruk gila so kitorang memang confirm la tak menang. kitorang kalau boleh nak la jugak bolot RM250 yang disediakan kalau jadi juara. tapi takde rezeki pulak kott. time nak masuk masjid tu, aku terperasan satu benda pelik yang mulanya aku anggap pengait buah-buahan, tapi bila aku dongakkan kepala, perghhhh tinggi gila siott!! aku suruh eyema tengok. sekali dia pandang, tergelak besar tak tahan benda tu lawak sangat. kalao orang tengok mesti tak jangka benda yang dianggap pengait buah ciku (anggapan eyema), rupa-rupanya adalah penyapu sawang yang aku rasa paling tinggi pernah aku tengok setakat nih. hahaha!


ini lah penyapu sawang yang paling lawak pernah aku tengok setakat ni.


aku rasa penyapu sawang tinggi tu digunakan untuk membersihkan ni. haha~ :D

ok lah, tu aje lah yang aku ada pasal ikbn temerloh ni. ini pun dah sangat² bernasib baik sebab dapat la jugak aku merasa menjejakkan kaki kat sana. kalau tak, sampai bila² jangan harap aku dapat pergi sana.

yang pasti, kenangan kat ikbn banayak memberi penagalam kot. haha. memang tak boleh lupa ofcoz. harap² dapat pergi sana lagi melawat penyapu sawang tu. haha!

No comments:

Post a Comment