P1 dah berlalu, tapi hatiku masih gelisah :P

Alhamdulillah, syukur sangat² sebab akhirnya hari jumaat yang dinanti²kan telah tiba. hahaha! hari nih dah abes pekse. yeeaa! horayy~ agak happy sikit walaupun still ada perasaan berdebar-debar, cuak, yela kan result tak tau lagi. aku harap sangat dapat buat the best untuk permulaan exam nih. tapi jujur dan terus terang cakap la, aku memang tak ready 100% untuk exam kali.

aku rasa duduk kat kelas aku tu, tekanan agak tinggi la. mungkin sebab ramai pelajar pintar kot dalam kelas tu. aku ni jer entah macam mana boleh tercampak kat kelas tu. dah la aku ni tak berapa nak ehem², pastu kena pulak bersaing dengan orang² yang top. memang terasa ahh! tapi, aku tak pikir sangat pasal budak kelas aku tu. aku pikir, setiap orang ada kelebihan dn kelemahan masing². walau hebat macam mana pun orang tu, ia masih tak menjamin kehidupan dunia dan akhirat orang tu kan. pokok utamanya kena usaha. itu jer, USAHA. hoho~ *berceloteh pulak dah. :P

aku nak tukar template blog!!

ok la, lupekan pasal tu. sekarang aku nak bagitau tadi aku buat 2 post yang berkaitan dengan blog la jugak. kenapa agaknya ya? haaa, sebabnya hati aku ni memberontak suruh aku tukar template 2 column. entah asal pulak hati aku ni berubah selera nak template 2 column. so, sebelum tukar sini, tukar sana, aku nak get ready save semua² code design lama blog aku dan sekarang ni. takut nanti nyesal tak sudah pulak. huhu~

tengok la nanti camana rupa wajah baru blogku nih. huahahaha~

waitt, nak selitkan sikit pasal alif jap. haha. minggu ni, walaupun exam berat² satu hari 5 subjek straight (mau pecah kepala dol! ), tapi aku masih sempat tengok diari af. sempat lah tengok aksi dan gelagat alif serta pelajar² af lain. minggu ni alif dapat lagu dance with my father. aku rasa macam nak minat pulak dah lagu ni sebab alif nyanyi la. hahaha~ xD

No comments:

Post a Comment