Milik siapakah cincin ini ???


Hati ku tertanya-tanya ya. siapa punya cincin ni? siapa punya ni? macam mana boleh terselit kat buku aku nih? ada orang bagi ke? ada orang tercicir ke? atau salah letak ke? atau..., kau memang nak buang cincin tu so kau letak la kat buku aku? adoyaii~ pelbagai persoalan bermain dimindaku ni, gara² sebentuk cincin misteri. hohoho~


sebenarnya cerita dia macam ni. hari semalam hari jumaat kan? malam semalam masa aku tengah praktis main rubic cube, aku ambik la buku aku yang ada la tulis pasal teknik² rubis cube. pastu tiba² cincin ni terselit kat dalam buku tu. aku agak pelik la. tak pernah² apa² barang terselit dalam buku aku. dah la cincin pulak tu. PELEIKK! aku pon beritahu la anum. anum tanya sape punye cincin ni? aku cakap la; ntah mana la aku tau. anum kata, ada orang bagi kat aok kot? haha! ahh, blah la. apasal bagi aku plak. suckay je daa~

nanti la ku tanya member aku, sape ada kehilangan cincin pelik. menyusahkan aku je nak cari pemilik cincin ni. kalo nak simpan je cincin ni, seram la pulak rasanya. ntah² cincin ni ada kuasa sakti yo-yo-o kot. eee, lagipon cincin ni agak kurang menarik untuk disimpan atau dipertontonkan. opss, maaf pelik cincin ni yea. haha! tapi, aku agak la, pemilik cincin ni berkemungkinan seorang jejaka kerana cincin ni macam untuk lelaki punyee jee. emm, apa² je la. :P


ohhh, btw, sekarang di bilik aku, aircondnya sudah ditukar pak. mula² aku memang protes la time abah cakap nak beli tiga bijik aircond. bukannya apa, membazir la aku rasa. bajet kaya je. haishhh~ tapi, nak tak nak aircondnya sudah diorder, tak boleh cancel. nak cancel? nak kena pelempang dengan tokei tu? piapp! piapp! huh, lantak la kau² orang aircond. bukan duit aku yang bayau, tak peduli pon pasal kau orang. bagus la jugak engkau ada aircond, time musim panas camni. bikin sejuk sikit hati aku yang sejak kebelakangan ni asyik panass je, huh! huhu~

pSStt: aku dalam proses belajar main rubic cube nih. sape² yang tak lokek ilmu tu meh la jar aku main benda ni. haha~ :D

pSSStt: buang masa betul! aku terpaksa taip 2 kali post ni atas kesilapan teknikal. huh! ;(

No comments:

Post a Comment