First of February.

alhamdulillah, akhirnya dapat jugak ku tulis blog bagi bulan februari ni. bersesuaian dengan tajuk entri di atas iaitu "First of February" atau Pertama dalam Februari ingin aku menceritakan tentang minggu pertama bulan februari aku.

Macam-macam yang terjadi minggu ini. dan minggu ni adalah seperti minggu yang penuh dengan dugaan dan cabaran buat aku. Pertamanya, minggu ini adalah minggu saringan untuk pemilihan pustakawan. aku ada mendaftar tapi keputusan belum diumumkan lagi. patutnya minggu ni diumumkan keputusannya tapi disebabkan terlalu ramai yang apply, cikgu pun pening kepala, so terpaksa la ditundakan pengumumannya. mintak²lah aku dapat sebab aku nak sangat tapi kalau tak dapat its okey. not my rezeki right?! aku pun ada apply untuk menjadi bendahari unit keceriaan sekolah. kena isi borang then kena nyatakan sebab or buat karangan pendek kenapa kita nak jadi. hahaha~ aku mengarang dengan penuh kekhusyukkan dan harapan. doakan aku dapat. amin~ :D


hari pertama sekolah, hari isnin, masa balik, entah kenapa la aku ni cuai sangat. tak tau lah macamana aku boleh tinggalkan bekas pensil aku di tempat umum. bongok³! hilang macam tu je bekas pensil kesayangan aku yang berwarna ungu tu. sedihhhh sangat. siksa sangat hidup aku without bekas pensil tu terutamanya time nak buat kerja sekolah. uhhh~ sudah la alatulis dalam tu sangat berharga. satu batang pen aku pun mencecah harga sehingga RM1.60 kali pula dengan 6 = RM9.60. ambik kau! mana la aku nak cari sepuluh ringgit hanya untuk pen sahaja. huhhh! tak masuk lagi barang² lain dalam tu. redha sajalah. kesilapan dan kecuaian aku juga menyebabkan bekas pensil itu hilang walaupun dari segi mantiqnya, bekas pensil itu memang tak sepatutnya hilang. booo sama diruku ya. astaghfirullah al azim.

senarai alat tulis yang hilang beserta bekas pensil ungu tersebut:

pen fx hijau
pen fx ungu
pen fx pink
pen fx merah
pen fx biru
pen fx hitam
pembaris
pemadam
2 batang pensil kayu
pensil picit ungu 0.7
ubat pensil picit 0.7
liquid paper ungu
compasses + 1 batang pensil kayu pendek
protector
tak ingat nama:P
sello tape (baru beli, tak sempat guna lagi.)

see! cuai gile aku kan?! tapi apa boleh buat, REDHA saja lah. aku terpaksa cari balik barang tu semua dan untuk kali ni, aku mahu jaga betul². aku mahu letak nama aku sekali dekat bekas pensil baru, kalau boleh letak address dan no tepon lagi. huhu~

minggu ni jugak sibuk la sangat dengan sukan. aku ingat mau masuk pertandingan ilmiah. da siap daftar nama awal² lagi. tuptup, entah kenapa, tak dapat pulak. haishhh..geram sikit. tapi takpe la. aku buat biasa je la. aku nak masuk kupasan hadis tapi ada orang yang lebih berhak masuk. ok² fine. masuk la. tapi pastikan menang. jangan masuk ingat nak glamour je, berusahalah sebaik mungkin dan harumkan nama sukan Umar. haha~

bytheway, tahu tak tahu, minggu ni adalah minggu terakhir aku dan yana (liyana maisarah) bersama. sedih doe dia nak pindah sekolah. dia nak masuk teknik selangor (jauhh tuu~). tiba² teringat kenangan lama kami masa form1 dulu. masa form1 kami kawan baik. naik tingkatan 2, kami tak rapat dah sebab kelas lain². lagipun aku da jumpa new friend(s) time tu. bukan niat aku nak tinggalkan kawan² masa aku tingkatan satu dulu, tapi aku entah la, aku tak tau apa aku fikir time tu. anyway, kami still kawan cuma tak closee je la. hemmm.. yana, sedih sangat kao nak pindah tauu. aku macam tak percaya je kao pindah. dulu masa form1 dulu, kita selalu main² kata nak pindah sekolah la. tengok² sekarang kao yang betul² pindah sekolah. dan kao jugak la orang first yang meninggalkan khairiah dikalangan kita berempat (kecoh² group). emmm..sedih. :'( tapi², aku tabik spring kat kao la. kao sanggup pindah sekolah demi mengejar cita² kao. kao tak ikut kawan untuk menentukan masa depan kao. itu bagus. sangat bagus. ada setengah orang sangat entah pape. sanggup tinggalkan cita² yang diimpikan semata-mata tiada kawan di dalam sekolah/kelas tersebut. faham kan maksud aku? *eh, aku tak kata kaw² la. haha~ :]

ok². tutup episod minggu ni. teruskan hidupmu zirah. life must go on. yeas³~ :D

No comments:

Post a Comment