Tingkatan 4 2010.

Assalamualaikum w.b.t.
Sebulan sudah aku menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar tingkatan 4. Banyak suka duka yang dilalui oleh aku bersama rakan² yang lain. kini, tibalah masa... (eh, apa yang sedang berlaku nih?) untuk aku, menceritakan tentang kisah aku sepanjang sebulan menjadi seorang pelajar tingkatan 4 2010. Jeng-jeng-jeng~

.:.:.:.:.:..:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.


ini budak tingkatan 4 yeahh~ uweekk! :P

Orang cakap, tingkatan 4 adalah tingkatan yang menentukan masa depan kita 100%. Kalao kita tersilap pilih aliran, maka silaplah jawabnya. susah la nak patah balik. stay je la dengan kesilapan tersebut. tapi, kalao keliru nak pilih aliran, macam mana pulak nak buat? pergi la jumpa kaunselor tanya apa yang terbaik untuk kita. banyak² kan hadiri taklimat, ceramah atau motivasi yang berkaitan. paling penting jangan lupa berdoa dan solat istikharah moga² kita dapat jawapan yang terbaik untuk kita. eh, orang sekarang da tak sibuk la fikir aliran yang akan diambil, orang sekarang tengah sibuk fikir nak siapkan kerja sekolah yang bertimbun. haishh~


ok². sekarang cerita pasal aku pulak yea. aliran pilihan aku ialah perakaunan. actually, aliran asal pilihan aku pure sc but atas sebab² tertentu, aku terpaksa membatalkan niat tu. akaun ok ape. aku terbaca sesesuatu pasal perbezaan antara akaun dengan sc. katanya, sains peluang pekerjaannya luas seperti doktor, forensik, saintis and etc. *itu pun kalao orang yang berminat dengan kerja² sycho ni lah. kalao akaun pulak, bidang kerjanya ke arah perakaunan lah. sc susah score dan pembelajarannya dalam bahasa inggeris manakala akaun pun susah score jugak tapi belajar dalam bahasa melayu. kau anak mat saleh ke anak melayu? belajar dalam bahasa apa senang hah?! pastu², budak sc ni kena rajin membaca, menghafal, mengingat. *padan muka kau. :P budak akaun pulak, otak kiri kena cerdas pasal akaun ni memerlukan banyak pengiraan & kefahaman (cikgu aku cakap). uhhh, ok², dah faham! :D so, dengan hati yang berat, aku memilih perakaunan sebagai aliran ku. takpo loh, aku kan mahu jadi seorang usahawan (cita-cita yang diperbaharui.). hihihi~

Tahun 2010 jugak adalah tahun yang bermakna bagi aku kerana tahun ni aku akan menduduki Sijil Menengah Agama, SMA. Perancangan asal aku, aku mahu tukar sekolah pada tahun 2010 sebab tak mahu ambil sma sebab kena banyak menaghafal. *aku ni jenis malas menghafal. :P tapi, atas nasihat dan dorongan teman², aku memilih untuk mengambil sma. rugi tau kalau tak ambil sma, bukan calang² orang boleh ambil, orang² tertentu je (macam aku) yang dapat ambil. :P takde lah, gurau je. semua orang pun boleh ambil asal dia bersekolah agama. :) hahaha~ untuk sma, macam biasa lah, menghafal WAJIB. otak dan hati kena bersih selalu supaya hafalan kita kekal selama-lamanya. huhuhu~ pastu², hafal lah sebab kau nak menimba ilmu supaya kekal bukan semata-mata untuk periksa je. cikgu aku marah kalau kita belajar untuk periksa. ilmu tida boleh dicurah atas kertas perperiksaan begitu sahaja. ilmu perlu dibekal dan dikongsi untuk masa depan yang depan-depan.

Subjek SMA yang perlu aku score untuk memperolei 10A1 Pangkat 1 Agreget 6. fewitt~

Al-Quran
Nahu Saraf
Insyak Mutalaah
Balaghah
Mantiq
Feqah
Tafsir
Adab Nusus
Hadis
Tauhid

Al-Quran, Nahu dan Insyak wajib lulus dan kredit.
Balaghah, Mantiq dan Adab adalah subjek baru.

Ohh, inilah dia, inilah dia realiti yang aku sedang tempuhi. aku perlu fokus untuk subjek sma dan spm. aku perlu banyak² berkorban masa untuk mencapai yang terbaik. untuk kali ni, aku mahu berusaha bersungguh-sungguh. tak nak hampakan ibubapa dan guru² lagi. sedih melihat mereka bertungkus-lumus mendidik kita untuk berjaya, tapi tuba yang dibalas kita. tak mahu pisang berbuah dua kali.

Ya Allah, berilah aku kejayaan diatas dunia dan di akhirat kelak. Amin.

Kawan-kawan, rakan-rakan, teman-teman, sahabat-sahabat, doakan saya berjaya ya. sama-sama kita berdoa agar kita semua berjaya. Zirah sebagai pelajar tingkatan 4 tahun 2010. ;D

5 comments:

  1. Zirah ,
    tengok gaya ,
    zirah sendiri dah taw apa yg patut dan perlu zirah buat utk berjaya . bagus la kalo cmtu .

    apa pun ,
    semoga sukses dengan cemerlangnya .
    study rerajin ok dik ! (:

    ReplyDelete
  2. @Nurika Jianie . - thanks k.nurika. hehe~ sukses utk akk skali. :)

    ReplyDelete
  3. wow!~ chiczira chumil!~
    ^^
    insyaAllah!~ zira will dpt 10a1!!~ *sure dpt punyer!~

    ReplyDelete
  4. @Evi LoLyta - selamat datang :) terima kasih. :D

    @lala - ahaha, yeu la tu lala. :P
    amin~ hope kita semua dpt result baik punyee~ :D

    ReplyDelete