Dah mulee sekolah.. Sedih lah. :(


hari ahad yang menyampah tiba lagi. aku benci hari ahad sebab hari ahad buat aku rasa muram dan tak gembira. hari ahad buat aku rasa tak ceria dan sedih. aku rasa setiap hari ahad, semua orang seolah-olah meninggalkan aku keseorang walaupun bukan itu yang berlaku. since aku darjah 6 lagi, hari ahad sentiasa membuatkan aku tak sedap hati dan tak bermaya. (kenapa, kenapa & kenapa) adakah sebab aku terlalu mengikut perasaan atau emosi aku meloba-loba? aku rasa hari ahad membuatkan aku hilang semangat dan hilang mood. aku benci apa yang aku rasa sekarang! aku benci perasaan begini. bila rasa dan perasaan ini akan berakhir? (bila, bila & bila) adakah seseorang yang mempunyai perasaan seperti apa yang aku rasa sekarang? ada tak? ada tak? kalau ada tolong lah tampil ke depan untuk kita berkongsi rasa dan perasaan yang mengjengkelkan ni. untuk kita sama-sama mengubati duka lara ini bersama-sama sehingga ke akhirnya. kita sama-sama perangi perasaan yang hanya melunturkan semangat dan kekuatan kita. boleh ke macam tue? (boleh ke, boleh ke & boleh ke).


.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.

kita ketepikan sebentar perasaan tak elok tu. kita mula bercerita pasal esok; hari sekolah yang mungkin ditunggu² oleh sesetengah orang atau mungkin disumpah² oleh sesetengah orang yang lain. bagi aku, hari esok memang tidak dinantikan oleh aku. mungkin kerana aku belum bersedia nak kembali ke sekolah, banyak persiapan dan peralatan yang tak lengkap (tapi tak kisah pon, aku guna yang tahun lepas je. :P). unutk adik² yang baru nak mula melangkah ke dunia persekolahan yang baru, mungkin mereka rasa exited sikit atau takut. untuk yang memang dah biasa tu, banyak perasaan bercampur-baur. terpulanglah atas setiap individu nak rasa apa. semuanya ditangan masing². *apa pulak yang aku mencarut ni? :P haha. ok, lupakan pasal tu. sebenarnya post aku kali ni mungkin yang terakhir bagi cuti² sekolah kali ni. maksudnya untuk post yang selepas ni, adalah post sempena bermulanya episod aku sebagai seorang pelajar yang sedang berjihad untuk mengumpulkan dan menyebarkan sebanyak mungkin ilmu yang disimpan. *ayat yotyet! :P jadi disini aku ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja dan kepada semua orang yang masih bergelar manusia andai kata ada sesuatu yang datang dari aku menyakitkan hati korang. aku mintak maaf la yek. aku harap lepas ni kita dapat tengok episod baru dan hapuskan episod lama. itu saja. tak lupa, kepada sesiapa yang berkenaan, Selamat Kembali ke Sekolah. tahun ni belajar rajin² sikit yek. *aku pon. haha. =)

*mungkin, mungkin dan mungkin. segalanya mungkin. :P

No comments:

Post a Comment