Treasure Hunter : Filem terbaru lakonan Jay Chou.


Filem: Treasure Hunter (Ci Ling)
Pengarah: Kevin Chu
Pelakon: Jay Chou, Lin Chiling, Chen Daoming, Eric Tsang, Mao Pu, River Chen
Sinopsis: Di gurun pasir barat laut, di mana begitu banyak dinasti di bina dan runtuh, wujud khabar angin mengatakan timbunan harta karun turut tertanam di situ. Sekumpulan pengawal misteri mengawasi peta ke lokasi berkenaan sehinggalah sebuah pertelagahan tercetus. Kumpulan jenayah antarabangsa, The Company, memburu penjaga penjaga peta berkenaan. Sebelum mereka berjaya mendapatkannya, penjaga itu memberikan peta terbabit kepada seorang lelaki muda, Ciao Fei (Jay Chou). Ciao Fei dipaksa menyerahkan peta itu untuk menyelamatkan nyawa anak perempuan mentornya, Lan Ting (Lin Chiling). Kini, bersama-sama ahli arkeologi terkenal, Hua Ding Bang dan Lan Ting, Ciao Fei memulakan pengembaraan berbahaya bagi mendapatkan semula peta terbabit, seterusnya melindungi harta karun berkenaan.


Treasure Hunter Trailer



Sedutan Treasure Hunter



Credit to Akhbar Berita Harian 19 Dec 2009, moviexclusive and Youtube. Thank you. :)

No comments:

Post a Comment