Semuanya tentang PMR 2009.

Salam & Hello.

(Post ini disediakan pada 24.12.2009 tapi diperam dulu (save in draft) sehingga ditulis kembali pada 22.11.2010 dan dipublish terus.)

Ini semuanya tentang PMR 2009. Bagaimana aku menghadapi PMR, apa persediaan aku, apa bahan atau kerja yang aku dapat untuk membantu aku menjawab soalan PMR dan akhir sekali dapat My Result yang sungguh H-E-B-A-T. Sesuai dengan hasil usaha aku selama ini yang tidak ambil peduli tentang PMR dan bersikap sambil lewa walaupun dah tahu PMR is around the corner. Sila jangan contohi sikap aku. Well, anyway PMR 2009 memang suck-ay dan tahun 2009 bukan tahun yang baik. Aku berharap tahun selepas 2009 akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

PMR 2009

rak buku. *tempat letak semua buku² ting.3 2009.

buku² rujukan PMR. *sangat² jarang digunakan. :P

timbunan kertas kerja yang diberikan oleh cikgu. *dibuat sambil lewa!

Fail kertas yang dibawa ke Tuition Domino. *domino dalam kenangan.

kertas model PMR. *langsung tak berjasa bagiku.

kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun ting.3 2009.

kertas soalan Percubaan/Trial PMR 2009.

kertas soalan PMR 2009.

Angka Giliran PMR

Slip Periksa

Slip keputusan PMR.

PMR 2009 kini tinggal kenangan dan pengajaran yang berguna yang boleh aku ambil iktibar untuk kegunaan masa hadapan. Aku mungkin tewas dalam PMR tapi aku tidak akan tewas lagi untuk jihad seterusya insya-Allah. Heypp, nak tau result PMR aku? Ask me directly atau solve this, √9.

Sekian.

No comments:

Post a Comment