Serombong dan "Kisah Lagu Aku & Dia".

Kah1000! *Gelak dulu sebelum tulis.
Semalam kan aku dapat word baru iaitu "serombong". kalau tak silap aku la serombong ni yang ada kat kapal tu kan? entah camane la boleh terkeluar perkataan serombong nih. ni semua gara² inhaler aku tu kot. kebetulan semalam aku tidur pas balik sekolah, bangun je dari tido, tiba² aku selsema. geram betul la. memang seksa la semalam. teruk jugak selsema aku tapi skang da baik da.

nak legakan hidung aku yang tersumbat tu aku gunakan lah inhaler tu, tapi ditegur pulak oleh ibu sampai terkeluar word "serombong" nih. haii~ mula² ibu kata, apetah tapi ada la dia cakap inhaler tu macam serombong. second time dia cakap, awk patut beli 2 inhaler tu, baru la boleh belayar. pastu, kali ketiga pulak, aku dgr pagi tadi masa tgh syok tido. aku dgr ibu ckp, awk x pakai serombong awk ke, nanti kang lemas. ha1000! entah pape la, buat lawak je.


ohye, hari semalam, masa nak pegi sekolah aku dpt idea baru utk satu cerita. cerita dia pasal ada sorang guy ni baru lepas abes exam spm(aii, mentang² la skang tgh spm fever.). dia ni baru nak berjinak² dalam dunia coupling. tp sebelum tu dia tak penah kapel. kiranya dia ni dak yg straight dlm study dia. tp, ntah kenapa abes je exam dia tergedik-gedut nak couple. mungkin sbb dia banyak spentime ngan mber dia kot. al-maklum la, org da free kan. dia terjumpa la sorang girl ni dan mereka pon berkapel. nak dijadikan cerita, pompan ni jenis yang macam pakai buang dalam soal cinta. maksudnye pompan ni tak serius dlm percintaan, tp guy ni da sayang yang amat da kat pompan ni. tp sebelum tu, guy ni seorang yang addicated kat music tp tak pernah fikir akn menceburkan diri dlm bidang tu. dia pandai cipta lagu, then dia seorang yang agak perfex, seorang yang setia. lebih kurang mcm gitu la. tgh syok² bercinta ni, aweks dia ni wat hal pulak. awek dia menduakan cinta dia yang murni tu (alamak, siannye.). dia pon ape lagi, frust tertonggeng² la. mula la nak berjiwang tulis lagu la, nangis sorang² la, asyik termenung la dan macam² lagi la org yang putus cinta akn buat. sedar tak sedar, dia ada cipta lagu khas yang mengisahkan tentang dia dan ex-girlfriend nya. kononnya lagu tu best sgt la. tak dapat bayang betapa bestnya lagu tu kononnya (konon² nya la kan.). time dia dendangkan lagu tu depan member² dia, sumenye puji sedapp (kononnye laa.). ada sorang mber dia berkenan sgt dgn lagu ciptaan dia tu kan. mber dia ni pon rakam la senyap² lagu dia ni, pastu dia buat video klip cincai, pastu dia upload kat youtube (kononnye). tak sangka ramai gila yang minat lagu guy tu kat youtube. mber dia ni gedik la kan, ramai org view video dia dan komen kononnya lagu tu best sgt. kebetulan pulak, si guy ni tak pandai bab² komputer ni (bukan tak pandai la, tp kurang la, dia ada la jgk bukak youtube kadang², tp kononye skang dia jarang bukak.). haa, pastu², pastu ape ek? haa, pastu², guy ni sebnarnya dia rasa lain macam tau. dia rasa dia kerap kali dgr lagu ciptaan dia walaupun bukan dia yang nyanyi. dia bgtahu la mber dia, sume mber dia buat bodo je (dorang taknak layan sebenarnya!). entah mcmana, suatu hari kantoi pasal video lagu dia tu. dia pon ape lagi hangin la satu badan sebab mempublikkan lagu istimewa dia. dia pon pegi la jumpa mber dia tadi (nak pegi serang la ni), siap nak tumbuk² lagi nih sambil cakap; "sampai hati hang mer(nama mber dia tu amir la kononnye.) ambek lagu aku tak mintak kebenaran aku pon." amir cakap; "wei3, sabar la! sabar la! yang ko beria nak marah ni pehal?! ko tau tak lagu ko tu tgh top skang ni??? walaupun tak masuk radio, tp mmg tgh panas la lagu ko nih.". "eiii, peduli ape aku tghh top ke, panas ke, tp ko tetap sudah mencerobohi hak peribadi aku! lagu tu hak peribadi aku dan lagu tu special tentang aku dan dia. tiada siapa boleh sebarkannya pada umum!!", guy tu membidas. tp amir berjaya tenangkan guy tu. amir cakap, "kisah ko dan dia da lepas, ko patut jual lagu ko ni, boleh buat mata pencarian. nak kenang²kan sgt pompan senget tu pehal?" dan blablablabla lagi yang membuatkan hati guy tu tenang. tak disangka², disebabkan lagu tu mendapat sambutan hangat dikalangan manusia di muka bumi ini, ade sorang music producer berminat dengan lagu guy ni. dia pon jumpa la mber guy ni iaitu amir yang mnyebarkan lagu ini kepada umum. selepas berbincang dgn amir, amir pon berbincang dgn guy tu tadi. entah camane guy tu boleh jadi artis yang terkenal (hah, tibe je!) di tanah air dan mempunyai peminat yang mencurah-curah. (adoii, mcm da terpesong je cerita ni., tp xpe. teruskan²!) ex-gf guy tadi tersedar yang ex-bf dia dulu da jadi artis yang terkenal sebab sebuah lagu yang berkisar tentang cinta guy tu dgn sorang awek. dia pon perasan la kononnya awek dalam lagu tu dia (tp sbenarnye, mmg dia pon.). dia pon dgn gaya gediknya mencari jalan utk kembali bersama dgn guy tu atau ex-bf dia (haishhh, gedik tol!). disebabkan, guy tu sgt² menyayangi pompan tu tadi, dia pon kembali bersama dgn pompan tu. dia tak sedar pon pompan tu just nak tumpang populariti dia. tp, takpe, bagi dia tak kisah sebab pompan tu nyawa dia (uwekkk, nyawa kepala hotak dia laa!). dah lama² tiba dia ditawarkan sambung belajar entah kat mana tah, tp jauh la dr negara dan dia terpaksa tinggalkan segala-galanya di sini termasuk kerjaya dia sebagai artis segera dan awek senget dia, mber2 dia, parent dan semua la. disana bermula la kehidupan baru dia. pasal awek dia tadi, perasaan dia da berubah terhadp pompan tu sebab dia lebih fokus kepada future dia. dan pompan tu pulak teruskan hidup dgn bad habit dia tu. habis!

hemmm, tak senonohnya cerita ni. aku rase la kan cerita yang aku tulis kat sini terpesong sikit dari apa yang aku bayangkan sebab ada la part² yang aku terpotong dan malas sambung balik. hehe! ok la, cukup sampai disini entri ku kali ni. kalo nak paham kan cerita senget kat atas tu, silakan. tapi, papepon, aku nak cakap, kali ni memang senget. dasar serombong! haha. xD

No comments:

Post a Comment