cerita ceritu.

cerita satu.
sudah 2 hari tak bukak komputer skali la dgn blog. skarang aku bukak nak tulis2 dalam blog ni. mula2 nk bgtau td aku geram sgt tau sbb ada manusia mane tah yg pegi tiru ayat aku. aku xde la marah2 cuma a bit menyampah je la. pastu tadi aku hapy sgt sbb dapat borak2 dgn inspiration aku. haha. tp yg sorang tu sombong gila, tp aku x kisah pon. hoho~

cerita dua.
ari semalam kan, lawak gila la. dari mana aku nak mula cerita eh. ok, dr petang semalam la. petang semalam, aku pegi la armar enterprise kan nak ambik barang2 yang aku order. aku pegi dgn ibu, ipah gn iyad la. pastu, masa tgh tunggu org tu kira2 barang tu, tiba2 datang la entah siapa tah org macam nak kutip derma la gitu untuk apa dia ntah mungkin utk bantu org negara dia kot, nagara filipina. org tu boleh cakap malayu woo. pastu ada sorang guy tu dia nyanyi sambil main gitar lagu apa ntah dia nyanyi tp best la kot lagu dia. point aku kat sini, cuma nak bagitau, itu la kali pertama aku dgr live org nyanyi diiringi gitar. aku excited gila, tp ibu cakap x payah la beria sgt ntah sape2 je org tu. haha. whatever la.

cerita tiga.
malam tu pulak, aku pegi pulak klinik zul antar ipah sbb demam. ramai gila org masa tu. sambil tunggu orang ramai, ibu, aku, ipah, iyad pegi la dulu beli barang2 keperluan yang xde. tujuan sebenar nak beli sabun basuh kain je. masuk2 je dalam tu, terus org suruh cuba minyak wangi. aku buat muka pelik sebab tu la org tu x berani suruh aku pakai. tp ibu dpt pakai sebab org tu beria hulur2kan minyak wangi tu kat ibu. masa nak bayar tu pulak, tiba2 dompet ibu xde dalam bag. hah! camane ni?! aku dah cuak da sebab takut x lepas bayar. tp nasib baik la sebenarnya dompet tu tertinggal dalam kereta. haishhh, ape la. buat org cuak je.

cerita empat.
siap beli barang, aku hantar barang2 dalam kereta. lepastu terus pegi klinik zul balik takut turn terlepas. masa nak masuk dalam klinik tu tiba2 aku terjumpa seorang cikgu yang pernah jadi pengawas jaga budak pmr sekolah aku. aku bgtahu la ibu, rupa-rupanya ibu kenal cikgu tu sebab cikgu tu suami kepada kawan ibu. ek eleh, kenal rupanya. lepatu kitaorang cari sit, aku terpaksa duduk sebelah seorang pakcik sebab ipah la pegi duduk tempt yang aku nak duduk tu. ishhh.. aku tanya la ibu, turn kita da lepas ke, pastu ibu kata belum lagi sebab kita lepas pakcik yang mula2 kitaorang nampak masa nak daftar tadi. masa aku pandang pakcik tu tiba2 aku ternampak datin sekolah aku. lg sekali aku excited pastu aku bgtahu ibu ramai gila aku jumpa org yang aku knl hai ni. pastu ibu kata xyah pelik la. awk x nak tegur datin awk ke. awk duduk la baik2, da la ada datin sekolah awk tu. hehe. xpe je la. tp aku wat derk je. heee~

cerita lima.
lepas keluar je pakcik yang lepas turn ipah tu (sebenarnya suami kpd datin), ibu gn ipah pulak masuk. aku gn iyad tunggu kat luar. aku nak masuk jugak dalam bilik doktor, tp ibu x bg, bukan doktor x bagi. haha. aq pon tunggu2 la dkt luar dgn iyad sambil kunyah mentos chewingum yang aku mintak kat iyad. tgh sedap2 mengunyah tiba2 entah macamane ade gigi aku kecik je saiz dia tercabut plak. nasib baik kecik je. pastu aku ajak iyad teman aku pegi tandas. aku lalu depan datin tp aku buat macam bese je la.
keluar tandas, iyad ajak aku pegi kat luar sebab dia kata ibu da ada dalam kete. sebelum tu, aku menyakat dia kata doktor tak bagi ibu keluar dr bilik, tp iyad x percaya pon. aku gn iyad pon duduk la kat luar sebab aku mls msuk balik sebab ramai sgt org aku malu. hehe. aku gn iyad tunggu la ibu sampai ipah panggil kata ibu nak balik da.

cerita enam.
ibu ikut jalan depan masa balik. masa nak dah sampai rumah siap nak masuk pagar sekali, ibu nak undur kereta supaya senang nak keluar nanti. tp masa tgh undur kereta tu, tiba2 ada la satu dua motor lalu belakang kereta ibu. ibu geram la sebab budak tu menyibuk je ibu nak pusing kereta. pastu ibu kata; heishhh, da la ketiak masam, ketiak bulu panjang, sekolah x pandai. hahahahahahahah. lawak gila. terbaring2 aku gelak sebab lawak sangat. aku cakap la kat ibu, kenapa ibu kata budak tu macm tu padahal dia cuma lalu kat belakang kereta ibu je, tp ibu kata di camtu. ibu kata, biarla, budak tu bkn nye dgr pon. hahahahah. lawak btul la. x boleh lupe aku apa yang ibu cakap. kahkahakahkahahahakahak~ xD

cerita akhir.
tadi masa tadi baru je lepas tadi, tiba2 aku terdetik nak tulis pasal apa yang aku nak buat. macam2 la aku nak buat rupanya. tp xtau la boleh dan dapat buat ke tak. tapi aku harap sangat la yang aku dapat buat apa yang aku nak buat tu. eeee, geramnyeee x sabar da aku nak ubah lifestyle aku 100%. ok la, cukup sampai disini saja cerita ceritu aku ini. ehehe~

No comments:

Post a Comment